6666
SOLAT TAHAJJUD BUKAN SUSAH, SENANG JA…
JOM BUAT SOLAT TAHAJJUD
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum
semua, hari ini Aisyah nak kongsi pada sahabat-sahabat tentang cara-cara sembahyang
solat sunat Tahajjud yang ringkas dan betul. Tak susah, senang ja. Banyak fadilat @ kelebihan dengan mengamalkan solat Tahajjud walau dilakukan hanya 2 rakaat
setiap hari.
Fadilat
solat sunat Tahajjud:
- Menjadi kesayangan Allah Taala
- Doa mudah dimakbulkan Allah
- Memperoleh ketenangan hati & jiwa
- Mudah mendapat pertolongan dan rahmat Allah
- Mengelakkan dari mudah diganggu syaitan dan perbuatan orang
- Dapat menghindarkan diri daripada banyak jenis penyakit
- Mudah mendapat ilmu yang bermanfaat
- Mudah mendapat rezeki
- Dapat sesuatu yang istimewa yang tidak dijangkakan
- Mendapat kemuliaan Allah dan orang sekeliling
- Meningkatkan martabat disisi Allah Taala
- Mudah dihitung amalan di akhirat
- Mudah melintasi titian Siratul-Mustaqim.
Pengertian
solat sunat Tahajjud:
Bahasa: Meninggalkan tidur
Syarak: Sembahyang sunat yang dilakukan
sewaktu terjaga dari tidur dan dilakukan pada waktu malam.
Oleh
itu, solat sunat Tahajjud boleh dikatakan sebagai solat sunat yang menambah
nilai ibadat kita, memohon keampunan & rasa rendah diri sebagai hamba Allah,
tanda kesyukuran, serta mudah untuk mendapatkan kekuatan jiwa dan ketenangan hidup.
Waktu mendirikan solat Tahajjud ialah secara ringkasnya pada waktu malam
selepas Isya’, seeloknya pada malam yang sunyi sepi dalam pukul 2.00 hingga 4.00
pagi (1/3 malam). Aisyah selalu solat antara pukul 3.30-4.00 pagi (sebab kerap
terjaga sendiri pada waktu tu). Jumlah rakaat solat Tahajjud pula paling
sedikit 2 rakaat, seterusnya 4,6, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun
tanpa ada batasan tertentu dan dilakukan secara sendirian. Terdapat satu
daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
" Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya ". (HR Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763).
editor: @isyah