6666
10 Tarikan Pulau Langkawi
Pulau
Langkawi memang terkenal sebagai pusat pelancongan yang terdapat di Malaysia
dan merupakan destinasi pelancongan yang terbaik bagi warganegara Malaysia.
Biasanya kalau buat bucket list nak
pergi bercuti, mesti Langkawi ini antara yang ada dalam senarai. Kalau kita
baca kat mana-mana artikel pun, kat Langkawi ini banyak produk yang dapat
menarik hati selain daripada akses yang mudah dan menyeronokkan. Jadi entry kali ini, Aisyah nak kongsikan
antara tarikan-tarikan yang menjadikan Langkawi jadi destinasi pilihan
terutamanya student-student, backpackers, or kat suami isteri yang
nak pergi honeymoon tu. Antara
10 tarikan yang boleh kita dapati kat Pulau Langkawi ni adalah seperti:
1. KILIM GEOFOREST PARK
Kalau
sape-sape kat sana yang jenis suka tengok spesis-spesis yang terancam or
adventurous/curious boleh la melawat kat Kilim
Geoforest Park ni. Ia merupakan
antara salah satu tapak Geopark di Langkawi ni mendapat pengiktirafan daripada
UNESCO dan merupakan tapak Geopark yang pertama di Asia Tenggara. Kalau anda melawat kat sini, anda
boleh melihat dan meninjau keadaan kualiti persekitaran yang berunsurkan ekosistem
semulajadi atau senang cakap eko-pelancongan. Kilim Geoforest Park mempunyai
landskap batu kapur yang unik dan antara yang tercantik di dunia hasil daripada
proses hakisan serta cuaca. Anda
juga boleh melakukan aktiviti seperti meneroka huta paya bakau, menyusuri
lorong/terowong pembentukan bukit batu kapur, gua yang tersembunyi dan tumbuhan
yang unik. Dan lagi satu ada aktiviti Eagle Feeding iaitu Aktiviti anda boleh
memberi makan dan melihat sendiri helang menyambar makanan di suatu kawasan
khas. Dalam kata lain, anda bukan pergi melancong kosong je, anda juga dapat
menambahkan pengetahuan serta pengalaman.
2. CABLE CAR
Panorama
dan pemandangan yang indah apabila anda menaiki cable car ni semestinya tak
boleh dilepaskan. Cable car ni dibuat bagi memudahkan pelancong untuk naik ke puncak
gunung yang tingginya 713 meter bagi melihat panorama Pulau Langkawi. Kalau
anda berkesampatan naik cable car anda boleh menikmati pemandangan seperti hutan
Langkawi, air terjun Telaga Tujuh dan laut biru kehijauan dari cable car.
3. MAKAM MAHSURI
Kalau
pergi Pulau Langkawi tak sah rasanya pergi Makam Mahsuri. Muzium Makan Mahsuri
ni antara salah satu tarikan kat Pulau Langkawi sebab kat tempat lain tak de
Mahsuri. Hahaha. Jadi makan mahsuri ini diwujudkan bagi menghidupkan semula budaya
dan mitos Langkawi.
4. MUZIUM LAMAN PADI
Ini
merupakan salah satu produk pelancongan yang ada di Pulau Langkawi ni bagi
menarik terutamanya pelancong luar negara. Muzium Laman Padi yang
mengetengahkan budaya dan tamadun masyarakat Melayu melalui aktiviti penanaman
padi ini berkeluasan 14.28 ekar yang mana merangkumi kawasan pertanian seluas
8.60 ekar yang berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Di dalam muzium ini
terdapatnya Galeri Warisan, Galeri Padi, Taman Herba dan juga Laman Variasi
bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan mengenai aktiviti penanaman padi.Kat
sini juga, pengunjung boleh merasai sendiri kehidupan seorang petani disamping
menghayati kehijauan sawah padi. Pengunjung
boleh melakukan aktiviti-aktiviti persawahan sebagaimana dilakukan oleh petani
dalam kehidupan harian mereka.
5. MUZIUM 3D
Yang
ni untuk siapa yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang berkunjung ke
Muzium 3D ni. Muzium 3D Art in Paradise ini baru je dibuka tahun lepas. Ia
menjadi satu lagi tarikan di Pulau Langkawi bila sampai kat sana. Muzium 3D ini
adalah muzium yang kedua terbesar di dunia. Ia dikatakan berharga kira-kira RM17
juta dengan mempunyai lebih 200 gambar 3D.
6. UNDERWATER WORLD
Underwater
World Langkawi juga antara tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi sekiranya
anda ke sana. Ia merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar
yang paling besar di Asia Tenggara dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam
akuaria. Kat sini kita boleh lihat pelbagai spesis dari kecil sampailah besar.
Maaf kalau tanya ikan paus memang tak de la kat sini. Selain spesis-spesis
ikan, rasa macam nak fefeeling duk kutub utara, kat sini gak anda boleh melihat
seperti haiwan seperti Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut. Ia
amatlah sesuai untuk jadikan destinasi pilihan keluarga terutamanya yang ada
anak-anak kecil tu.
7. PANTAI CHENANG
Pantai Chenang juga antara salah satu tarikan
yang ada kat Pulau Langkawi ni. Banyak lagi pantai yang ada kat Langkawi ni
sebenarnya. Tapi Pantai Chenang antara yang paling popular dilawati dalam
kalangan pelancong asing. Hal ini disebabkan oleh disekitar pantai ini dilengkapi
dan dekat dengan aneka pilihan tempat makan, membeli-belah, hiburan dan
penginapan selain menjadi pantai awam untuk hiburan seisi keluarga yang datang
ke sini.
8. TASIK DAYANG BUNTING
Tasik
Dayang Bunting juga merupakan destinasi yang sering dikunjungi oleh pengunjung
selain daripada banyak aktiviti yang dilakukan kat sini. Antara aktiviti yang
dilakukan adalah mandi kat dalam tasik ni sambil menikmati keindahan
bukit-bukau dan suasana menghijau. Antara aktiviti lain yang menarik boleh anda
buat kat sini juga eagle feeding, jungle trekking, main basikal air dan banyak
lagi.
9. PEKAN KUAH
Satu
lagi tarikan kat Pulau Langkawi ini juga adalah tempat untuk bershopping bagi
yang kaki shopping. Ini kerana, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, so
harga barangan disini lebih rendah berbanding di tempat lain. Jadi, boleh la
nak borong pelbagai jenis barangan kat sini macam coklat, pinggan mangkuk,
periuk belanga, beg, kasut dan macam-macam lagi. Antara tempat membeli belah
yang selalu menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah
Idaman Suri, Langkawi Saga, dan Haji Ismail Group.
10. KILANG GAMAT
Kilang
gamat yang terdapat di Pulau Langkawi juga antara menjadi salah satu produk
pelancongan yang menarik. Kalau pergi Langkawi jer la, mesti nyer ada yang
pesan suruh belikan minyak gamat buat stok ubat kat rumah. Di Langkawi ni, terdapat
dua kilang gamat yang terkenal iaitu Kilang Gamat Warisan dan Kilang Gamat
Nusantara. Anda boleh tengok sendiri proses pembuatan gamat kat kilang-kilang
ni selain borong terus produk gamat kat situ dengan harga yang berpatutan.
(editor:@isyah)