6666
1. Taman Tamadun Islam
Di kawasan ini terdapat 21 buah monumen yang dibina oleh anak tempatan kebanyakannya dan hanya sedikit sahaja yanga menggunakan kepakaran luar negara.
Berikut adalah monumen-monumen yang boleh anda temui di sini seperti Masjid Abu Nasr Pasra dari Afghanistan. Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi. Masjidil Haram dari Arab Saudi.Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunai. Masjid Xian dari China.Taj Mahal dari India dan banyak lagi.
Sebenarnya kawasan ini terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu zon awam serta zon taman monumen. Di zon awam anda tidak perlu membayar tiket, dan anda boleh melawat ke Masjid Kristal. Anda hanya perlu membayar tiket jika anda ingin ke taman monumen.
2. Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak di dalam daerah Marang, Terengganu. Pantai ini cukup terkenal dengan pantainya yang cantik, pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih. Ada yang menyatakan Pulau Kapas mendapat nama ini kerana pasirnya yang memutih seperti kapas.
Apapun, kebiasaannya pelawat yang bercuti di pulau ini datang untuk melakukan aktviti snorkeling, scuba diving, berkayak, meredah denai di sekeliling pulau, mencandat sotong, memancing serta mendaki bukit.
3. Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu merupakan salah satu pulau yang terbesar di perairan pantai timur Malaysia. Dikelilingi 9 buah pulau yang mempunyai tarikan tersendiri, Pulau Redang menjadi pulau peranginan yang sentiasa menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Berikut adalah beberapa pantai yang menarik untuk dilawati disana, antaranya Pantai Teluk Dalam, Long Beach dan Pantai Teluk Kalong.Tidak sah melancong ke Pulau Redang jika anda tidak menikmati keindahan hidupan laut dengan melakukan aktiviti snorkeling, skuba diving dan aktiviti hutan.
4. Bukit Puteri
Jika anda pergi ke Kuala Terengganu, salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah Bukit Puteri. Dari atas bukit ini anda boleh menikmati panorama Kuala Terengganu dengan lebih jelas.
Selain merasa angin bukit, di sini anda juga boleh mengimbau kembali sejarah negeri Terengganu. Antara tinggalan sejarah yang menarik yang ada di Bukit Puteri adalah Genta Besar (Loceng), Rumah Api, Meriam, kubu, tiang bendera serta kubur-kubur lama.
5. Pantai Batu Buruk
Kalau anda teringin nak naik kuda, di sini siap ada kuda berhias lagi. Anda boleh menyewanya untuk bersiar-siar di sekitar pantai. Selain itu anda boleh bermain layang-layang yang boleh dibeli dari gerai-gerai di sini. Jika anda datang pada hari Jumaat, anda juga berpeluang ke pasar malam di kawasan ini. Jika anda tidak mahu mandi, anda boleh menjamu selera di pelbagai gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok lekor, satay ikan, rojak buah dan jagung bakar. Bestnya!
6. Kompleks Kraf Nur Arfa
Kalau anda mahu mencanting batik, Noor Arfa mempunyai tukang-tukang mahir yang boleh membantu. Anda akan diajar pelbagai teknik sehingga anda boleh mencanting karya batik anda sendiri untuk dibawa pulang. Untuk tempahan kelas atau membuat sebarang urusan maklumkan terlebih dahulu pihak Arfa Batik bagi memudahkan urusan kedua belah pihak.
7. Tasik Kenyir
Tasik kenyir menjanjikan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Antaranya ialah Santuari Kelah di Sungai Petang, air terjun dan gua. Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba. Lagi anda boleh mendaki Gunung Gagau. Menariknya, apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang. Di sini juga terdapat Taman Herba di Pulau Sah Kecil. Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke sini!
Untuk kaki pancing, aktiviti memancing dengan pelbagai jenis ikan menanti anda. Juga terdapat di sini Taman Burung yang dihuni oleh pelbagai spesies burung dengan berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring. Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau. Di sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit. Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.
8. Rantau Abang
Pantai Rantau Abang sering dikunjungi orang ramai kerana pantainya yang cantik, airnya yang jernih serta sesuai untuk aktivti mandi manda serta berkelah. Jika anda bernasib baik, anda boleh berjumpa dengan penyu yang mendarat untuk bertelur. Antara tempat menarik lain di Rantau Abang adalah Bukit Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa, Dungun.
9. Pasar Payang
Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai pengunjung luar Terengganu datang ke sini kerana mahu membeli beberapa jenis barang dengan harga yang jauh lebih murah berbanding negeri lain. Anda juga masih boleh tawar menawar harga.
- Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam, terdapat kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang.