......

10 Jenis Makanan Awet Muda

6666
10 Jenis Makanan Awet Muda.
Seiring peningkatan usia, sistem pertahanan tubuh kita semakin merosot dan kolagen yang dihasilkan pun berkurangan. Maka bermulalah proses penuaan yang menyebabkan kulit berkedut dan kendur terutama dibahagian wajah. Iklan di kaca TV dan online mula memberi impak berkesan kepada pengguna yang bermati-matian untuk mengekalkan kulit tegang, mulus dan cantik.
Dalam ketaksuban mencari produk yang mahal dan belum tentu sesuai dengan kita, kaedah ‘terapi’ semula jadi melalui pemakanan dipandang sepi dan diabaikan saban hari. Tetapi itulah cara yang ampuh tanpa ada kesan sampingan dan sesuai dengan setiap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘You are what you eat!’

1. Air putih



Hidratkan hidup anda dengan air putih sebanyak 2-3 liter sehari. Air yang anda minum mampu membuang toksin selain mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.

2. Epal

Tahukah anda epal merupakan antioksidan yang baik selain mencegah kanser paru-paru dan usus. Buah epal merupakan sumber pektin yang sangat efektif untuk mencegah penempelan kolesterol pada pembuluh darah, menyihatkan jantung dan organ pencernaan anda.

3. Kepelbagaian Beri

Pelbagai jenis beri termasuk strawberi, blueberi dan kranberi dapat mencerahkan kulit selain efektif dalam memelihara fungsi memori pada otak. Nutrisi yang kaya dengan zat antioksidan ini turut menjadi ajen anti penuaan yang sama bertindak seperti vitamin c. Sama ada makan begitu sahaja ataupun jadikannya sebagai jus terpulang pada citarasa anda.

4. Anggur

Buah anggur membantu dalam pembentuk kolagen, mencegah kanser kulit, membekalkan nutrisi kepada kulit, membuang toksin dalam badan, melindungi kulit dari sinar ultra-violet selain menguatkan pembuluh darah.

5. Lobak Merah

Lobak merah bukan hanya baik untuk mata malah melindungi kulit dari sinaran matahari. Amalkan pemakanan lobak merah kerana ia dapat membunuh kuman dalam mulut dan membantu mengelakkan kerosakan gigi.

6. Avocado

Avocado kaya dengan vitamin E yang membantu menjaga kulit dengan merangsang pembentukan sel kulit baru dan risiko untuk anda terkena kanser kulit sangat tipis. Ia juga berfungsi mengawal tekanan darah dan kolestrol yang tidak diingini dalam badan. Dengan menjadikan avocado yang kaya dengan kalium sebagai nutrisi tetap anda, ia mampu menguatkan kolagen yang sedia ada dalam tubuh anda!

 7. Sayuran 

Sayuran seperti kobis, brokoli, kangkung, dan lobak membantu tubuh melawan racun yang menyebabkan pertumbuhan sel penuaan. Brokoli misalnya mengandungi sumber fitonutrien yang berperanan penting memerangi berbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru.

8. Kekacang

Kekacang adalah sumber gizi terbaik mengandungi omega 3 yang mampu mencegah penyakit berkaitan jantung, kalium mengawal sistem saraf, magnesium memelihara otot dan selenium meransang kulit muda. Selain kaya dengan sifat keantioksidaannya, ia mampu meningkatkan sistem ketahanan badan dan fungsi pencernaan, mengurangi kadar kolesterol serta mencegah kanser.

9. Kentang

Jadikan kentang sebagai diet anda kerana ia memperbaiki sistem hati dalam badan anda. Berbekalkan karbohidrat yang tinggi dan kandungan vitamin, kalsium dan protein memberikan manfaat kesihatan dan kecantikan pada tubuh.

10. Teh hijau

Teh hijau memberi manfaat kesihatan kepada kulit kerana bersifat anti oksidan dan anti flamasi iaitu mengelak kulit daripada menjadi kemerahan, panas, bengkak dan banyak lagi.




Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..