......

11 Tanda Kehamilan Yang Jelas

6666
11 Tanda Kehamilan Yang Jelas

Kehamilan pada peringkat awal sebenarnya bukan dengan hanya boleh diketahui melalui alat test kehamilan jer. Sebenarnya ada beberapa tanda secara fizikalnya yang datang dari tubuh kita, yang mana menunjukkan bahawa anda sedang hamil. Bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, kalau anda mempunyai gejala atau tanda-tanda seperti di bawah, ahhh boleh la check atau jumpa dengan doktor selepas itu.

Walaupun tak semua tanda-tanda yang disenaraikan ni akan jadi kat semua orang yang hamil, tapi apa yang disenaraikan di bawah ni adalah antara gejala atau tanda Kehamilan yang kebiasaannya akan berlaku bagi mereka yang nak bergelar ibu. Jom chekidout sikit antara tanda-tanda orang yang sedang hamil:

1. TERLAMBAT DATANG HAID/HAID TIDAK DATANG  
Salah satu tanda kehamilan yang jelas sekiranya anda terlambat datang lain dalam kitaran haid. Walaupun begitu, tak semua wanita yang lambat datang haid itu boleh disahkan hamil. Ini kerana kadang-kala seseorang wanita boleh jadi lambat datang haid sebab stress atau berlakunya gangguan hormon dalam tubuh badannya. So, lebih baik jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

2. PAYUDARA MENJADI TEGANG
Ini merupakan tanda umum bagi sesetengah mereka yang dijangkakan hamil. Kebiasaannya dalam masa 2 minggu, payudara akan mengalami perubahan iaitu menjadi bengkak dan tegang serta nampak lebih besar daripada biasa. Ia disebabkan oleh perubahan komposisi bagi menyediakannya untuk bayi.

3. RASA MENGIDAM TIBA-TIBA
Kalau ikut orang tua dulu-dulu cakap kalau rasa mengidam tiba-tiba nak makan benda-benda pelik tu tandanya hamil. Tapi sebenarnya tak semua orang macam ni. Ada yang tak de pun rasa mengidam sepanjang dia hamil. Tapi mengikut kajian juga, salah satu tanda kehamilan itu bila anda mula suka atau tidak suka pada certain-certain makanan tu sampailah anda delivery.

4. KENAIKAN SUHU PADA TUBUH BADAN
Tanda kehamilan juga boleh berlakunya apabila suhu badan anda tiba-tiba je tinggi dalam tempoh jangkaan anda mengalami haid. Anda mungkin akan rasa macam nak demam tiba-tiba.

5. BERASA SAKIT KEPALA
Sakit kepala yang berpanjangan juga antara tanda awal kehamilan seseorang wanita itu. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan tindak balas fizikal yang berlaku dalam badan yang memungkinkan anda sering berasa sakit kepala.

6. KERAP SAKIT BELAKANG
 Kesakitan dan kekejangan pada bahagian belakang tubuh badan terutama sekali bahagian pinggang merupakan gejala awal yang menunjukkan seseorang wanita itu sedang hamil. Sakit belakang itu biasanya akan berterusan sehingga anda melahirkan bayi.

7. MUDAH DAN CEPAT KELETIHAN  
Berasa letih walaupun selepas anda cukup tidur adalah petunjuk awal kehamilan seseorang wanita. Anda akan berasa cepat dan mudah letih disebabkan peningkatan hormon progesteoreon dan penurunan kadar gula serta tekanan darah dalam tubuh. Ia adalah disebabkan tubuh badan anda sedang menyesuaikan diri dengan adanya bayi dalam badan anda.

8. PERUBAHAN EMOSI (MOOD)
Apabila seseorang wanita itu hamil, emosi dalam dirinya mudah berubah. Hal ini disebabkan ketidakseimbangan hormon yang berlaku dalam tubuh badan anda. Sekejap happy, pastu tiba-tiba sedih pulak. Ini adalah perkara biasa yang berlaku bagi wanita yang hamil. Oleh, para suami dinasihatkan agar tahan jer la dengan karenah isteri anda. Kalau orang tua selalu beritahu benda macam ni biasalah tu, pembawakan budak katakan. Huhuhu.

9. SERING RASA MUAL (MORNING SICKNESS)
Tanda ni memang common la. Kalau tengok drama pun, bila watak isteri muntah dalam sink tu, tanda hamil la tu. Rasa mual atau morning sickness ni berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) yang menyebabkan rasa pedih kat lapisan perut. Selain itu, wanita yang hamil ni juga, dia sensitif kat bau-bau tertentu. Kebiasaannya tanda ini muncul pada minggu 2-8.

10. KERAP BUANG AIR KECIL  
Selepas persenyawaan berlaku iaitu kira-kira pada minggu 6-8, wanita yang sedang hamil akan kerap ke tandas. Ketika hamil, janin yang ada dalam rahim akan menekan pundi kencing sehingga kekerapan buang air kecil pun akan bertambah. Pundi kencing juga lebih cepat dipenuhi air kencing dan keinginan untuk buang air kecil menjadi lebih kerap berbanding biasa.

11. PENDARAHAN IMPLANTASI
Tanda awal kehamilan juga boleh diketahui apabila berlakunya pendarahan implantasi. Ia selalunya terjadi kira-kira 6-12 hari selepas persenyawaan, apabila embrio melekat kat lapisan rahim. Selalunya pendarahan berlaku paling lama pun 2 hari.


Jadi, sekiranya anda ada tanda-tanda seperti yang disenaraikan di atas dinasihatkan agar berjumpa doktor atau mintak la nasihat orang-orang tua tentang kehamilan anda.

(editor:@isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..