Rahsia Dari Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik Berseri

Doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).
Amalan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. 

Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.
"Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu"
Caranya:
  1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 
  2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
  • Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
  • Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Sumber: Juru Kunci

Inilah Caranya Agar Anak Hafal Al-Qur'an Sebelum Usia 7 Tahun

Saudaraku, inilah beberapa cara praktis mendidik putra-putri kita hafal Al Quran sebelum usia 7 tahun.

Beberapa cara ini disampaikan oleh Syekh Dr. Kamil Al Labudi, 29 Ramadhan 1437 H. .

Beberapa cara ini disampaikan beliau berdasarkan pengalaman beliau dalam mendidik ketiga putra/putri beliau hafal Al Quran 30 juz dalam usia 4, 5 tahun. Semua putra/putri beliau hafal Al Quran 30 juz sebelum usia mereka 5 tahun. .

1. Tabarok hafal 30 juz ketika usianya 4, 5 tahun,
2. Yazid hafal 30 juz ketika usianya 4, 5 tahun,
3. Zainah hafal 30 juz ketika usianya 5 tahun. .

Inilah beberapa car-caranya :

1. Ketika anak kita lahir, dari usia 1 hari perdengarkan Al Quran setiap harinya 1 juz dan ulangi sebanyak 5 kali. Ulangi selalu selama satu bulan. Jadi dalam waktu 1 bln. 1 juz di lagi sebanyak 150 kali. Maka saat yang diperlukan untuk menamatkan memperdengarkan Al Quran sebanyak 30 juz

hanya 30 bulan, yaitu 2, 5 tahun. Ketika anak kita usianya 2, 5 tahun dia telah mendengarkan Al Quran 30 juz sebanyak 150 kali. .

2. Pilihlah bacaan dari beberapa Masyayikh, para Qori yang terkenal bacaannya fasih, seperti Qori Syekh Mahmud Kholil Al Hushori, Syekh Shiddiq Al Minsyawi, dll. Atau beberapa Qori dari Saudi Arabia, seperti Syekh Ali Al Hudzaifi, Syekh Muhammad Ayyub, dll. .

3. Saat anak kita telah tamat mendengarkan bacaan Al Quran 30 juz, maka ajarkan hafalan kepadanya. Sehari setengah halaman atau satu halaman, ulangi setiap harinya sampai 5 kali. .

4. Buat cara yang menarik untuk anak kita agar mau menghafal, berikan hadiah saat bisa mencapai target. .

5. Doa kepada Allah ta'ala agar dimudahkan dalam membimbing anak kita dalam proses menghafal Al Quran 30 juz. .

Dengan cara seperti ini, hanya perlu waktu 1, 5 tahun anak kita hafal Al Quran 30 juz. .

Mudahan-mudahan Allah ta'ala berikan karuniaNya kepada kita semua agar keluarga kita menjadi Ahlul Quran dan semoga putra-putri kita hafal Al Quran 30 juz dan berakhlaq dengan akhlaq Al Quran. Aamiin. .

kredit: semuainformasi07.com

7 Amalan Mengundang Rezeki Yang Melimpah Ruah

Rezeki itu bukan sahaja berkaitan dengan mendapat duit, tetapi dalam pelbagai keadaan seperti diberikan kesihatan yang baik, mendapat pekerjaan yang bagus, perniagaan yang berkembang maju, bertemu dengan jodoh yang baik, dikurniakan zuriat, termasuk juga dikurniakan iman dan istiqamah dalam membuat amal ibadah dan lain-lain.

Kadang-kadang kita risau apabila memikirkan kegawatan ekonomi, pelaksanaan GST, krisis kewangan, belum dapat pekerjaan yang baik, belum bertemu jodoh, belum dikurniakan zuriat dan lain-lain tapi jika kita fikirkan semula Yang Maha Menyelesaikan Kesulitan dan Yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah S.W.T.

Rezeki yang berkat dapat diperoleh dengan cara mendekati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan melakukan amalan-amalan pengundang rezeki. Apakah amalan-amalan yang mengundang rezeki itu? Di sini kami kongsikan beberapa amalan untuk mengundang rezeki yang asalnya dikongsikan oleh Ustaz Yusuf Mansur seorang penceramah dan pendakwah popular dari negeri jiran, Indonesia di laman youtube beliau.

Hasil dari perkongsian beliau, kami ringkaskan dan catatkan kembali beberapa amalan yang mengundang rezeki melimpah ruah seperti dibawah:

 Amalan Mengundang Rezeki

1. Membaca Surah al Waqiah
    Baca selepas Subuh dan selepas Asar

2. Ya Fattah Ya Razzaq
    Lazimkan baca 3 kali atau 11 kali atau 33 kali selepas solat - Baca minimal 3 kali.

3. Melazimi membaca al quran dan surah-surah tertentu pada waktu tertentu seperti
  • Membaca Surah Ar-Rahman-  Baca selepas solat Dhuha
  • Membaca Surah Yaasin - Baca selepas solat Isya'
  • Membaca Surah al-Mulk - Baca menjelang tidur

4. Baca selawat - allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
    Lazimkan baca sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari

5. Solat Dhuha

6. Bersedekah

7. Solat Berjemaah di Masjid tepat waktunya
.. .. ..