......

6 Tips Berjumpa Dengan Bakal Ibu Mertua

6666
Tips Berjumpa Dengan Bakal Ibu Mertua


Assalamualaikum semua…

Ha tengok font atas tu saje jer nak buat gempak…bila bab-bab sebut pasal bakal ibu mertua semestinya perasaan cuak tu bertimpa-timpa dalam diri. Okey entry kali ni Aisya nak berkongsi mengenai tips berjumpa dengan bakal ibu mertua yang semestinya akan dilalui oleh semua insan yang mahu mendirikan alam rumahtangga. Ini kerana, bakal ibu mertua nilah akan juga menjadi ibu kita sesudahnya kita mendirikan rumahtangga dengan pasangan kita. Hasil daripada kajian yang telah Aisya buat, Aisya boleh simpulkan beberapa tips bagi kita untuk berjumpa dengan bakal ibu mertua buat kali pertamanya.


1. Selidik dan buat kajian mengenai keluarga mertua
  Sebelum nak berjumpa dengan bakal ibu mertua, kalau boleh tanyalah dekat bakal pasangan tu atau selidik sedikit tentang bakal ibu mertua kita dahulu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Mana tau ini dapat membantu untuk menambat hati bakal ibu mertua tu terhadap kita apabila berjumpa nanti.

2. Berpakaian sopan
Bab pakaian merupakan aspek yang penting bila nak bertemu dengan bakal ibu mertua. Orang-orang tua selalu cakap, kalau nak tengok peribadi seseorang tu, tengoklah dari cara dia berpakaian. Ini merupakan first impression bakal ibu mertua kat kita. Oleh itu, pilihlah pakaian yang sesuai dengan keadaan dan sopan dengan budaya kita. Sebagai contoh, bagi perempuan Melayu pakailah baju kurung manakala lelaki baju kemeja.

3. Bawa buah tangan
Kalau pergi ke rumah bakal mertua tu pulak, jangan lupa bawa buah tangan. Takkan nak melenggang-lenggang kangkung je sampai sana. Tak payah beli yang mahal-mahal pun. Yang biasa-biasa je macam buah-buahan, kek, kuih-muih. Biasanya makanan la, senang boleh makan kenyang. Ini sebenarnya bagi menunjukkan kesungguhan kita untuk berjumpa dengan bakal ibu mertua tu selain nak tambat hati dia. Lagi senang, tanya bakal pasangan tu apa yang ibunya suka, senang kita nak buat pilihan.


4. Tunjukkan kemahiran dan kerajinan
Ha yang ni antara satu tips yang paling cuak nak buat. Takut-takut nanti over sangat, jadi benda lain. Hahaha. Tapi yang ni penting bagi menunjukkan impression yang baik kat bakal ibu mertua kita. Kalau perempuan tu, tunjuk la skill memasak ke or masuk-masuk dalam dapur tu bantu bakal ibu mertua menghidang dan memasak. Kalau lelaki pulak, bantu-bantu la angkat barang ke, ikut keadaan.
     
      5. Jadi diri sendiri dan bersederhana
Lagi satu, apabila bertemu dengan bakal ibu mertua dinasihatkan jadilah diri sendiri dan bersederhana. Tak payah bersikap hipokrit kat bakal ibu mertua semata-mata nak bagi dia suka kat kita, tapi sebenarnya di belakang dia kita bersikap lain. Lagi satu juga, jangan overconfindent sampai boleh pissed off or buat bakal ibu mertua tu annoying dengan sikap kita. Sebab tu penting kita bersederhana apabila bercakap.

6. Ambil hati dan berbaik-baik dengan keluarga bakal pasangan
Akhir sekali, ambillah hati adik-beradik, ipar-duai keluarga bakal pasangan kita. Janganlah sombong. Borak-boraklah dengan mereka supaya dapat mengeratkan hubungan dan ini juga boleh menambat hati ibu mertua kat kita. Bila kita dah mendirikan rumahtangga dengan bakal pasangan pun, kelak mereka ni akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Jadi, berbaik-baiklah dengan mereka.

Editor:@isyah 

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..