......

4 cara menyambut kelahiran bayi dalam Islam

6666
4 CARA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM ISLAM


Islam merupakan agama yang menyeluruh. Semua perkara yang kita laksanakan seharian telah diberikan panduan yang cukup lengkap dan sempurna untuk diikuti. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-sebesarnya, agama Islam telah menggariskan panduan bagi dijadikan pedoman kepada sekalian umat. Dalam menyambut kelahiran bayi, semestinya tidak dapat lari daripada perasaan bersyukur dan gembira dengan kurniaan yang telah Allah berikan kepada kita. Oleh itu, Islam telah menganjurkan umatnya agar mengintpretasikan rasa kesyukuran dengan melakukan perkara-perkara yang berlandaskan hokum syarak. Berikut adalah panduan cara menyambut kelahiran bayi dalam Islam dan amalan yang patut dilakukan oleh ibu bapa Islam selepas anaknya selamat lahir ke dunia.



1. Mengazankan/Meniqamahkan ke Telinga Bayi
Berdasarkan hadith sahih daripada Abu Daud dan At-Tarmizi, sunat bagi bapa untuk diazankan di telinga bayi lelaki dan diiqamahkan bagi bayi perempuan. Hal ini kerana, perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika cucu baginda, Hassan dan Hussin lahir ke dunia.
Menurut Imam Ibnu Qayyium, azan/iqamah yang dilakukan adalah supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi tersebut.



2. Memohon Doa Keselamatan Bayi
Ia adalah supaya anak/bayi yang baru lahir tadi dijauhkan daripada gangguan syaitan. Ibu bapa boleh membaca doa apa-apa sahaja yang diketahui bagi menghindari bayi tersebut daripada gangguan syaitan. Hal ini dibuktikan menerusi hadith sahih Bukhari yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W berdoa apabila cucundanya lahir.


3. Bertahnik
Hukum melakukan tahnik adalah sunat. Tahnik atau membelah mulut bayi yang baru lahir dengan meletakkan sedikit rasa ke dalam mulut bayi. Biasanya orang Islam akan bertahnik dengan memberi bayi mengunyah buah kurma atau madu. Tujuan tahnik adalah memohon kepada Allah S.W.T supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat.
Amalan bertahnik ini boleh dilakukan oleh orang soleh dan juga bapa itu sendiri. Namun, ianya lebih baik dilakukan oleh bapanya sendiri kerana Riwayat Tirmizi ada menyebutkan, salah satu doa yang paling mustajab adalah doa ibu bapa untuk anaknya.



4. Aqiqah
Sunat bagi setiap ibu bapa Islam itu melaksanakan aqiqah. Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta yang mana lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Berdasarkan hadith Abu Daud, pelaksanaan aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran ibu bapa tersebut kepada Allah S.W.T supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging aqiqah tadi itu hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling yang mengetahui kelahiran bayi tersebut.
Walau bagaimanapun, jika ada ibu bapa yang tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh sekurang-kurangnya aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.


(editor:@isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..