......

6 Cara Mengatasi Demam Kuning

6666

6 Cara Mengatasi Demam Kuning


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hai semua. Baiklah hari ini Aisya nak berkongsi tentang cara melegakan demam kuning berdasarkan pengalaman kawan Aisya kerana dia telah mempunyai anak. Nama kawan Aisya tu adalah Scha. kawan Aisya ini ingin berkongsi pengalamannya mengatasi masalah bayi kuning atau dikenali sebagai jaundis (jaundice) kerana anak Scha telah terkena demam kuning selepas seketika lahir ke dunia  namun akhirnya lega dan kini usia anaknya telah menjangkau 9 bulan.

Menurut Scha, dia telah berusaha agar anaknya cepat sembuh selepas mengetahui anaknya telah diserang demam kuning. Demam kuning walau sering menyerang bayi yang baru lahir bukanlah dianggap perkara biasa dan remeh. Demam ini juga telah mempunyai kes rekod yang serius yang boleh memudaratkan bayi.

Selain mendapatkan rawatan di hospital, Scha juga mendapatkan kaedah perubatan tradisional yang juga petua perubatan kampung. Namun, menurut Scha lagi, lebih baik dari mengatasi dari awal semasa dalam kandungan ibu lagi. Katanya mencegah lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah cara-cara & tips untuk mengatasi demam kuning:



Susu badan
Ibu yang melahirkan bayi seharusnya banyak memberikan susu badan kepada bayi. Hal ini kerana susu badan amatlah penting dalam badan bayi untuk proses pengeluaran bilirubin (kuning) melalui najis.




Sengkuang Cina
Sengkuang cina pula boleh diamalkan oleh si ibu semasa hamil lagi dan juga boleh di beri kepada bayi dengan cara mengisar sengkuang tersebut dan diambil jusnya untuk diberi minum kepada bayi.




Sayur-sayuran tertentu

Sayur juga boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Contohnya sayuran bayam duri direndam sebelum digunakan untuk memandikan bayi.




Daun-daun herba tertentu

Daun-daun herba seperti daun hujan lebat direnyuk dan direndam digunakan untuk memandikan bayi yang terkena demam kuning. Daun pokok bunga raya putih yang sukar untuk di jumpai juga boleh digunakan dengan mengambil daunnya untuk semasa memandikan bayi yang terkena demam kuning. Selain itu, pokok bunga cina, daunnya hijau dan bunganya berwarna putih. Cara rawatan ialah daun dan bunganya direbus dan di mandikan kepada bayi dengan menggunakan air yg suam.




Air zam-zam
 Air zam-zam juga adalah air paling terbaik di dunia yang merupakan penawar pelbagai jenis penyakit termasuk demam kuning. Pastikan Air zam-zam yang sebenar kerana banyak di pasaran sekarang adalah air zam-zam tiruan. Jika benar dapat menjumpai air zam-zam sebenar bolehlah  diamalkan setiap hari  dgn cara membasuh muka, kepala diselangi dengan selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali dan diberi minum kepada bayi yang terkena demam kuning.




Makanan sunnah

Ibu seharusnya mengamalkan makanan Sunnah seperti kurma dan madu sepanjang tempoh menyusu agar susu yang dikeluarkan lebih baik dan berkualiti serta dapat menghilangkan demam kuning bayi.


Demikian perkongsian petua-petua yang Scha kongsikan kepada  Aisya untuk para ibu diluar sana agar berjaga-jaga dengan penyakit demam kuning yang sering melanda bayi selepas dilahirkan. Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunapakai dan juga perlu dirujuk kepada orang yang lebih berpengalaman. Alhamdulillah anak Scha hanya mengalami kuning selama beberapa hari sahaja.

Insha Allah jika diamalkan petua-petua yang diberitahu diatas selain mendapat rawatan Doktor di hospital jika diizinkan Allah SWT, masalah atau penyakit demam kuning dapat dicegah atau dirawat dengan berkesan. Harap perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk para wanita dan ibu. Sesungguhnyah benarlah kita hanya berikhtiar hanya Allah sahaja yang menyembuhkan setiap penyakit yang DIA berikan. Dengan keizinanNya juga setiap penyakit ada penawarnya.



(editor: @isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..