......

Fadhilat Solat Dhuha

6666


Kita selalu dikhabarkan fadhilat solat dhuha  ialah kita mudah menjemput rezeki dan dipermudahkan urusan hidup. Apa yang penting ialah konsistensi dan konsentrasi kita dalam mendirikan solat sunat yang terlampau banyak manfaatnya saban hari.

Istiqamah dalam melakukannya memberi perspektif baru dalam menjalani kehidupan yakni lebih positif dan tawakkal kepada yang maha pemberi rezeki. Walau dalam situasi menekan, kita mampu tersenyum kerana selagi kita bergantung pada-NYA, ia mampu menyalurkan seribu satu kekuatan yang tidak dapat diraih dari tempat lain.

Walau apapun ganjarannya, adalah lebih afdhal untuk kita niatkan mendirikan solat dhuha untuk mendekatkan diri kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhainya.

Banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan solat dhuha yang boleh kta ambil sebagai motivasi pembakar semangat untuk sentiasa memperbaiki kita punya niat, solat dan perspektif kita tentang kehidupan.







Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


Menjaga solat dhuha maksudnya melakukan solat dhuha secara istiqamah, iaitu tidak meninggalkannya secara sengaja. Ganjarannya  ialah dihapuskan dosa kita walaupun sebanyak buih di lautan.



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya nabi SAW telah bersabda;  Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)



Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan solat dhuha yang mana antara faedahnya, Allah S.W.T memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat dhuha. Dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)







Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat dhuha .”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."



Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”


(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..