......

Ibadah Korban dan Pengisiannya.

6666






Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


Tidak ada amalan yang paling baik dan paling utama untuk dilakukan seorang hamba di hari raya Aidil Adha, kecuali amalan menyembelih haiwan qurban. Maka niatkan dan persiapkan diri kita untuk menyembelih qurban setiap kali datang hari raya Aidil Adha. Allah Maha tahu, Allah maha pemurah. Allah akan melihat kesungguhan ikhtiar hamba-hamba-Nya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

(Surah al-Hajj 22: 36)






Antara hikmah korban ialah;

Pertama, sebagai bukti nyata mengekspresi rasa syukur.
“Supaya mereka menyebut nama Allah atas apa yang Allah karuniakan kepada mereka berupa binatang ternak….”

 (QS. al-Hajj, 22 : 34);


Kedua, bukti sebagai hamba bertaqwa.

“Daging daging qurban dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaanmulah yang dapat mencapainya…”

(QS al-Hajj, 22 :37)





Ketiga, terakuinya sebagai umat Rasulullah SAW.

“Barang siapa yang mempunyai keluasan (harta) dan tidak mau berqurban, maka janganlah mendekati tempat solat kami!”

(HR. Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, Ad Daruquthni dan Al Baihaqi).


Keempat, meraih ampunan dosa.

“Fatimah, berdirilah dan saksikan haiwan sembelihanmu itu. Sesungguhnya kamu diampuni pada saat awal titisan darah itu dari dosa-dosa yang kamu lakukan...”

(HR. Abu Daud dan At-Tirmizi)


Kelima, memperoleh pahala besar.

"Pada setiap lembar bulunya itu kita memperoleh satu kebaikan.

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)


Keenam, mendapat kesaksian yang indah dari hewan Qurban kita kelak.

Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”

(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)



Sungguh besar keutamaan ibadah kurban ini! Semoga Allah beri keluasan rezeki kepada kita untuk memenuhinya dan menerima amal ibadah qurban kita. Insya Allah.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..