6666
Saya diberitahu oleh kawan
saya, sewaktu kecil ibunya banyak menetapkan peraturan-peraturan yang perlu
mereka patuhi sebagai contoh pulang ke rumah sebelum maghrib,kalau tak siaplah
ibu dia tunggu depan pintu rumah tak bagi masuk.
Ibu dia juga menetapkan peratuan
yang ketat untuk menonton tv. Mana taknya malam-malam tak dibenarkan tengok tv
dan persiapan untuk sekolah esok mesti dah setel dan tidur awal. Tapi
faham-faham jela budak-budak masa tu, curi-curi tengok tambah-tambah lagi bila
kawan bagitahu ada cerita best malam tu. Siapa yang nak ketinggalankan?
Apabila dibandingkan dengan
zaman sekarang ini, rasanya zaman kanak-kanak tahun 90an dulu lagi indah, mudah
mendengar kata dan jarang melawan. Arus pemodenan dewasa kini pastinya lebih
mencabar bagi ibu-ibu terutamanya yang telah membesar dan mula mendirikan rumah
tangga dan seterusnya memperoleh anak. Adakah mereka meneruskan cara ibu mereka
mendidik mereka dahulu kepada anak-anak yang dibesarkan mereka sekarang?
Bagaimana untuk mengekalkan ciri
ibu mereka yang garang tapi penyayang? Cek cini!
1.
Ambil tahu dan pantau pergerakan anak-anak.
Budak-budak baru membesar kadang-kadang
memang susah dikawal dan bersemangat untuk mencuba perkara-perkara baru. Apabila
meningkat remaja, peringkat ini paling kritikal kerana pengaruh rakan sebaya
mampu membentuk diri mereka sama ada positif atau negatif. Tanya mereka ke mana
mereka pergi, dengan siapa mereka keluar, lihat kerja sekolah mereka, pantau aktiviti
komputer mereka dan ambil tahu dengan siapa mereka rapat.
2.
Ajar untuk mengaku kesalahan.
Sebagai ibu, kita adalah
contoh terdekat kepada anak-anak yang melihat tingkah laku kita setiap hari.
Tunjukkan contoh terbaik dengan memohon maaf kepada anak dan mengaku jika kita
berbuat salah atau tidak adil pada mereka. Ianya bertujuan supaya mereka meniru
perbuatan kita dan ini menjadi lebih mudah kerana mereka ada contoh untuk
diikuti.
3.
Manfaatkan sesuatu selagi boleh.
Biasakan ajar anak untuk
manfaatkan sesuatu sehingga ia tidak dapat digunakan lagi. Selain mengelak dari
membazir, kita dapat mengajar untuk menghargai satu-satu benda itu yang diberi
kepada mereka.
4.
Tetapkan waktu tidur untuk anak-anak.
Berdasarkan pemerhatian saya,
salah satu langkah berkesan untuk mendisiplinkan anak dengan disiplinkan masa
untuk mereka masuk tidur. Masa rehat yang cukup sangat penting untuk perkembangan
mental dan kesihatan untuk sentiasa kelihatan cergas dan gembira.
5.
Dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri.
Sebagai ibu, kita perlu beri
peluang untuk mereka berdikari dan membuat pilihan mereka sendiri.Dalam masa yang
sama sudah menjadi tanggung jawab untuk menasihati dan memberi galakan dengan
apa mereka kerjakan. Kita berperanan menasihati keputusan yang ingin dibuat
oleh anak dan menghalangnya jika ia suatu yang tidak baik.
6.
Menggalakkan anak buat kerja dengan sukarela.
Mungkin kedengaran sukar, tapi
bagi ibu yang mahu anaknya menjadi orang bertanggungjawab seharusnya dorong
anak lakukan kerja mereka sendiri tanpa harapkan balasan. Sebagai contoh, kemas
tempat tidur sndiri setiap kali bangun pagi. Jika mereka lakukan dengan baik,
maka anda akan memuji tindakan mereka sejujurnya.
7. Tanggung kesilapan sendiri.
Ajar anak anda untuk mengambil
tanggungjawab memikul kesalahan sendiri jika mereka lakukan. Suruh mereka
mencari jalan penyelesaian sendiri dan lakukan apa yang patut. Hal ini mampu
menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan matang kelak.