......

7 CARA UNTUK JADI PASANGAN YANG ROMANTIK ***

6666
7 CARA UNTUK JADI PASANGAN YANG ROMANTIK ***


***Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh***

Ehem-ehem...hari ini Aisya nak kongsikan tips atau cara-cara nak jadi pasangan yang romantik. Pasangan romantik yang Aisya nak kongsikan ini pasangan yang halal iaitu yang dah sah berkahwin. Tips niyh Aisya ambil dari kawan Aisya iaitu Scha. Sengaja dia kongsikan kepada Aisya memandangkan Aisya niy bukanlah jenis yang romantik. Ye ke tak romantik? Haha tak tahula (^___^).

Scha kata kat Aisya. Tidak setakat pengucapan kata-kata yang biasanya akan meresap ke dalam jiwa, sentuhan fizikal juga sangat penting dalam sebuah perhubungan pasangan yang sudah berkahwin. Melalui kata kata yang diucapkan, biasanya jiwa akan terbuai-buai dengan kata-kata yang menyentuh jiwa. Malah dari kata-kata juga akan melahirkan jiwa yang subur dengan kasih sayang yang mana dari situ akan terbentuk kepada perlakuan. Perghh ayat kawan Aisya niyh…hehe..oklah,  berikut cara-cara nak jadi pasangan yang romantik:

PERTAMA: Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih, elakkan daripada membebel, berilah perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala keperluan pasangan yg kurang sihat.


KEDUA: Cuba berhubung dengan pasangan seperti dengan menghantar sms cinta untuk pasangan anda (seperti mula-mula jatuh cinta)..sentiasa ungkapkan perkataan I LOVE U, I MISS U apabila berjauhan. Walaupun sudah berkahwin malah lagi baik dilakukan, hantarlah mesej-mesej cinta kepadanya walaupun tidak kerap dan tidak dipinta. Ia lebih kepada menghargai pasangan masing-masing. Apala salah kan, romantik dengan pasangan halal kita yang segalanya kita dah berkongsi dengannya.




KETIGA: Melakukan aktiviti bersama pasangan anda juga adalah perkara yang romantik yang dilakukan secara bersama-sama. ia seperti menolong pasangan anda dengan melakukan kerja-kerja rumah rumah atau sentiasa membantu pasangan anda ketika dia memerlukan pertolongan anda dari segi emosi dan sebagainya.




KEEMPAT: Lakukan kejutan. Gunakan ayat-ayat cinta, jika anda melakukan sesuatu untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangan boleh meletakan sekeping kad di atas meja solek isteri atau lelaki iaitu  di tempat yang mudah di lihat pasangan, menghantar bunga di selangi dengan sekeping kad atau kejutan begini akan mengeratkan lagi hubungan romantik,si dia mungkin mendakap anda sebagai tanda berterima kasih.



KELIMA: Pasangan romantik juga dikatakan selalu berikan pujian kepada kekasihnya, menggoda pasangan anda dengan menghantar sms romantik, berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.





KEENAM: Mengajak pasangan anda keluar untuk berjalan-jalan (dating) selain berada di rumah. Contohnya, keluar berdua pada hujung minggu, membolehkan anda berdating dengan pasangan anda seperti menonton wayang, keluar makan ke tempat special, atau membeli belah bersama-sama serta hadiahkan sesuatu istimewa kepada masing-masing.




KETUJUH: Isteri melayani suami dengan cara lebih istimewa dengan memasak makanan kesukaan suami serta lakukan sesuatu yang suami suka dengan cara lebih romantik seperti ‘candle light dinner’.




Akhir kata, perkongsian ini hanyalah gambaran semata-mata untuk menunjukkan dan menjadi pasangan yang romantik. Setiap pasangan ada caranya yang tersendiri. Jika tidak berjaya dengan cara yang diberikan, bermohonlah pada ALLAH S.W.T untuk mendapat petunjuknya.

~Sekian sahaja dari Aisya~

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..