......

7 Amalan Berpantang Selepas Bersalin

6666
7 AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN



ALHAMDULILLAH.  Kali ini sekali lagi ingin berkongsi dalam 1000 petua yang harus diikuti dalam kehidupan seseorang. Salah satunya ialah bagaimana cara hendak berpantang selepas bersalin. Tips dan amalan ini Aisya dapatkan daripada kawan Aisya iaitu Scha. Dalam masa berpantang, sesetengah ibu yg baru melahirkan anak kerap mengalami tekanan jiwa dan emosi. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan berterusan sehingga melahirkan anak. Apabila keadaan ini berlaku kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Oleh itu, banyak perkara yang boleh di bincangkan dalam amalan berpantang. Antaranya ialah:


1.  Makanan yang boleh dimakan semasa ibu berpantang adalah  seperti ikan haruan yang kaya dengann asid amino dapat mempercepatkan proses pemyembuhan dalaman dan luaran selepas bersalin, zat yang terkandung pada ikan tersebut ialah vitamin A dan mengandungi kolagen.


2. Makanan sejuk pula seperti timun, kelapa muda dan tebu perlu dielakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin kerana boleh menyebabkan sakit lemah sendi dan artristis.


3. Makanan laut (seafood) seperti udang dan sotong juga tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk kaum ibu terutama  bagi amalan mengikut adat masyarakat melayu yang tidak akan menyentuh makanan laut sepanjang berpantang kerana boleh memyebabkan kegatalan dan alergi.


4. Dalam berpantang juga, ibu selepas bersalin digalakkan berurut, dengan cara berurut dapat memperelokkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan telah terputus selepas melahirkan  anak. Berurut juga dapat membuang angin dalam badan dan memecahkan lemak yang terkumpul. Ia juga dapat mengangkat saluran peranakan ketempat asalnya. Selain itu ia juga mampu membuang darah kotor.


5. Amalan berpantang kelima yang boleh dilakukan oleh kaum ibu ialah dengan mandian berasaskan akar kayu. Tumbuhan seperti herba umpamanya juga dapat menyihatkan tubuh badan si ibu dengan menngunakan sejenis tumbuh-tumbuhan seperti daun inai, daun kunyit, daun pisang kelat, daun meringan, daun pandan dan daun palas kering. Cara yang boleh digunakan ialah dengan merebus tumbuhan tersebut dan dimandikan dengan air yangg suam. Ibu yang berpantang boleh juga diamalkan selama 7 hari selepas bersalin.


6.  Bertungku atau menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan boleh dilakukan oleh para ibu selepas mandi. Caranya ialah seperti batu sungai aru tungku besi yang telah dipanaskan dan dibalut dengan kain dan dituamkan ke seluruh bahagian badan. Dengan bertungku ia dapat mengecutkan rahim si ibu semula.


7. Pelbagai jenis rempah dan herba digabungkan dalam bentuk jamu. ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati kerana ia memberi kesan kepada susu dan juga bayi, jamu juga dikatakan sesuai diamalkan selepas berpantang.



Oleh yang demikian, amalan berpantang perlu dilakukan oleh para ibu selepas melahirkan anak. Bagi masyarakat melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun, amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan mereka supaya sihat dan bertenaga selepas melahirkan anak dan dikatakan merupakan amalan seorang wanita untuk kekalkan kesihatan supaya berpanjangan sehingga hujung usia walaupun beberapa kali melahirkan anak.

(editor: @isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..