......

Korban Atau Aqiqah. Mana Perlu Didahulukan?

6666





Aqiqah adalah sembelihan haiwan korban untuk anak yang baru lahir dan dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya. Hukum pelaksanaan aqiqah ini adalah sunat muakkad, sebagaimana diriwayatkan dari Samurah bahawa Nabi SAW bersabda;

”Setiap anak yang dilahirkan itu terpelihara dengan aqiqahnya dan disembelihkan haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur dan diberikan nama untuknya.”

(Hadis Riwayat Imam yang lima, Ahmad dan Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Tirmidzi)


Waktu pelaksanaan aqiqah ini adalah pada hari ketujuh dari hari kelahirannya namun jika ia tidak memiliki kesanggupan untuk mengaqiqahkannya pada hari itu maka ia diperbolehkan mengaqiqahkannya pada hari keempat belas, dua puluh satu atau pada bila-bila pun jika ada rezeki, sebagaimana pendapat para ulama’ mazhab Syafi’i dan Hambali bahwa sembelihan untuk aqiqah boleh dilakukan sebelum atau setelah hari ketujuh.






Hikmahnya adalah untuk mengungkapkan syukur kepada Allah dan memupuk semangat kedermawanan, mengundang kerabat dan sanak saudara sehingga dapat memupuk rasa persaudaraan.

Adapun yang bertanggungjawab melakukan aqiqah ini adalah ayah dari bayi tersebut. Antara pendapat ulama’ ialah:

1. Para ulama’ Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa sunat ini dibebankan kepada orang yang menanggung nafkahnya.

2. Para ulama’ Mazhab Hambali dan Maliki berpendapat bahawa tidak boleh mengaqiqahkan kecuali ayahnya dan tidak dibolehkan seorang yang dilahirkan mengaqiqah dirinya sendiri walaupun dia sudah besar kerana menurut syariat bahawa aqiqah ini adalah kewajiban ayah dan tidak boleh dilakukan oleh selainnya.

3. Sekelompok ulama’ Mazhab Hambali berpendapat bahawa seseorang dibolehkan mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai perkara yang disunnahkan. Aqiqah tidak mesti dilakukan saat masih kecil dan seorang ayah boleh mengaqiqahkan anak yang lahir walaupun anak itu sudah baligh kerana tidak ada batas waktunya.

4. Mazhab Hanafi menyatakan bahwa aqiqah itu hukumnya boleh, bukan sunnah, dalilnya adalah karena korban pada hari raya adiladha itu sudah menghapusnya (menashakh). Menurut mereka pendapat ini diriwayatkan dari Aisyah r.a.






Aqiqah atau Korban?


Dari keterangan diatas boleh disimpulkan bahawa aqiqah tidak semestinya dilakukan pada hari ketujuh dan itu semua diserahkan kepada kemampuan dan kelapangan rezeki orang tuanya, bahkan ia boleh dilakukan apabila anak itu sudah besar atau baligh.

Orang yang paling bertanggungjawab melakukan aqiqah adalah ayah. Namun jika si ayah mempunyai halangan untuk mengadakannya maka si anak boleh menggantikan posisinya iaitu mengaqiqahkan dirinya sendiri, meskipun perkara ini tidak menjadi kesepakatan dari para ulama’.

Jika seseorang kewangannya terhad dan perlu memilih antara korban dan aqiqah, pilih korban.


KORBAN LEBIH DIUTAMAKAN!


Hal ini adalah kerana:

1. Perintah berkorban ini ditujukan kepada setiap orang yang mukallaf dan memiliki kesanggupan berbeza dengan perintah aqiqah yang pada asalnya ia ditujukan kepada ayah dari bayi yang dilahirkan.

2. Meskipun ada pendapat yang membolehkan seseorang mengaqiqahkan dirinya sendiri namun perkara ini bukanlah yang disepakati oleh para ulama’.


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..