6666
1. KURMA
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Berilah makan buah
kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu
memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kurma juga boleh
membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan
boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam yang memakan buah
kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari
sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan
kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan,
membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
3. BUAH TIN
Buah tin juga bagus
untuk diamalkan, banyak khasiatnya. seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin
dalam surah ke 95, di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah
zaitun.
Riwayat dari Abu Zar
r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW
bersabda;
“Kalau aku perkatakan tentang buah yang
diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan
syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
4. SUSU KAMBING
Susu kambing mampu
membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan
tulang. Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai
susu ibu.
5. MADU
Madu juga elok diamalkan
kerana dapat menambahkan ketahanan diri semasa
mengandung. Kandungan zat galian dalam madu juga dapat menguatkan janin.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat
Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
6. DELIMA
Buah delima kaya tinggi
antioksida. Pati delima jika diambil pada trimester pertama dapat mengelakkan
morning sickness. Delima juga dapat melindungi otak bayi.
Firman Allah s.w.t dalam
surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua
syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan
kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut.
(Diriwayatkan
Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima
yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima
dari syurga.
(Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
7. AIR ZAM-ZAM
Zam Zam mempunyai
keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada
air-air lain. Merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh
menyembuhkan penyakit (dengan izi Allah s.w.t).
Sabda Nabi s.a.w :
“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air
zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”