6666
Jika saya mengatakan sakit gigi adalah antara sakit yang ‘parah’, tentu anda diluar sana bersetuju
dengan pendapat ini. Mana tidaknya, sakit yang dialami membuatkan kita hilang selera makan,
tak lena tidur, tak dapat bercakap dengan baik, hilang mood dan banyak lagi.
Sememangnya ada dikalangan kita akan bersegera ke klinik atau ambil ubat-ubatan untuk
menghilangkan rasa sakit yang tak tertanggung ini. Tapi tahukah anda bahawa kaedah semula
jadi yang tidak meninggalkan kesan sampingan, jimat dan terbukti berkesan ini mampu
memberikan kesan yang setanding tanpa perlu ke klinik?
Berikut merupakan cara untuk menghilangkan sakit gigi tanpa berjumpa doktor.
1. Habbatus Sauda
Ambil Jintan hitam atau dikenali habbatus sauda yang ditumbuk halus dan tampalkan dalam gigi
yang berlubang. Setelah itu jangan lupa berkumur bagi membersihkan kawasan gigi berlubang.
In shaa Allah akan berkurangan sakit yang dialami.
2. Tuam dengan ais batu
Balutkan ais batu dengan tuala dan letakkan di bahagian gigi atau gusi yang sakit di luar kulit
muka. Tolong elakkan dari meletak ais di gigi yang sakit secara langsung! Ini boleh
menyebabkan ngilu dan dikhuatiri sakit yang dirasa semakin bertambah.
3. Berkumur dengan air garam
Ambil segelas air suam dan masukkan 2 sudu teh garam halus dan kacau hingga sebati.
Kemudian kumur air garam lebih kurang 5 minit. Air garam bertindak mengecutkan gusi yang
bengkak dan memberi kelegaan yang cepat dan berkesan.
4. Teh hangat
Bancuh teh hangat tanpa gula dan berkumur dengannya beberapa kali sehingga sakit gigi
beransur hilang. Uncang teh yang diguna tadi boleh diletakkan di gusi yang sakit untuk
melegakan keradangan. Jimatkan!
5. Lemon
Hiris lemon dan gigit menggunakan gigi yang sakit. Selain itu, anda juga boleh perah lemon ke
dalam air suam dan berkumur dengannya. Lakukan beberapa kali untuk dapat hasil yang baik.
6. Minyak Zaitun
Masukkan beberapa titis minyak Zaitun ke kapas yang dibulat kecil dan letakkannya di gigi yang
berlubang. Biarkan sehingga sakit beransur pulih.
7. Bawang Putih
Hiris atau tumbuk bawang putih sehingga hancur dan letakkan di gigi yang sakit atau berlubang.
Cara ini sangat efektif!
8. Bawang Merah
Hiris bawang merah dan kunyah menggunakan gigi yang sakit sehingga hancur. Tahan dengan
gigi anda lebih kurang 2-3 minit dan luahkannya. Kumur untuk hilangkan rasa bawang. Hati-hati
jangan sampai tertelan bawang pula!
9. Bunga Cengkih
Ambil dalam 2-3 kuntum bunga cengkih dan gigit menggunakan gigi yang sakit. Sekiranya anda
hendak mengubati gigi berlubang, letakkan bunga cengkih yang sudah ditumbuk ke dalam gigi
yang berlubang dan tutup dengan kapas.
10. Daun Serai
Sediakan segelas air hangat dan masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan daun serai yang
sudah ditumbuk sehingga lumat ke dalam gelas tadi dan kacau. Kumur beberapa kali dan
kesannya dapat dilihat dalam masa terdekat.
11. Cuka Epal
Rendamkan kapas kedalam cuka epal dan letakkan di gigi berlubang atau sakit. Ia dapat
meredakan sakit yang dialami dengan segera.