6666
1. Desa Dairy Farm, Kundasang
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.
2. Borneo Reef World
Ini kerana anda boleh ke Borneo Reef World di Taman Tunku Abdul Rahman yang berada hanya 20 minit dari bandar. Antara aktiviti di Pelantar Borneo Reef World ini ialah snorkelling dan diving. Selain itu, anda juga boleh mencuba Sea Walking.
Bagi pengunjung yang tidak mahu melakukan aktiviti laut boleh berjalan di kawasan aquarium di bawah pelantar dan melihat suasana di dalam laut.Jika anda inginkan sesuatu yang romantis, anda boleh menempah cruise dan makan malam sewaktu matahari terbenam.
3. Pulau Manukan
Terletak kira-kira 30 minit dari Kota Kinabalu, pulau ini mempunyai pantai putih yang cukup panjang – iaitu 1.5 km ketika air surut. Di sini anda boleh mandi-manda dan bermain-main dengan pelbagai jenis ikan yang cukup rajin bermain di pesisir pantai.
Jika anda ingin bermalam, anda boleh menginap di Manukan Island resort yang lengkap dengan kolam renang, restoran dan gelanggang tenis.
4. Kampung Budaya Monsopiad
Nama MOnsopiad berasal dari seorang pahlawan yang hebat dan digeruni oleh penduduk
tempatan. Dikatakan beliau telah mengumpul lebih dari 40 tengkorak musuh yang dikalahkannya. Menariknya lagi anda boleh melihat tarian tradisional mereka, belajar menyumpit, melastik, memarut batang sagu dan merasa ulat sagu. Jika anda mengambil pakej makan tengahari, anda juga bakal dijamu dengan makanan tradisi kaum ini.
5. Coral Flyer Sabah
Dengan Coral Flyers ini anda akan meluncur merentasi kawasan laut dengan menggunakan kabel khas yang dipasang menghubungkan Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Jika anda memang sukakan aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan menggunakan zipline paling panjang di Borneo ini. Satu keterujaan yang pasti anda akan ingat sampai bila-bila!
6. Pasar Filipina
Pasar Filipina merupakan syurga membeli-belah buat pelancong dan terdapat banyak perhiasan seperti mutiara, kraftangan, aksesori, baju, peralatan rumah, dan makanan ringan buatan anak tempatan.
Mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa pasar ini namanya pasar Filipina? Jawapannya mudah, sebab ramai orang Filipina yang monopoli perniagaan di sini. Setelah membeli belah, apakata anda singgah di gerai-gerai makan berdekatan yang menyajikan hasil eksotik laut dan saiznya berkali ganda dari semenanjung.
7. Muzium Sabah
Muzium di Kota Kinabalu ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks.Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu, anda bakal melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik. Jika anda kesuntukan masa dan hanya ingin mengetahui tentang sejarah dan budaya Sabah, anda boleh memilih untuk melangkau bangunan Sains dan Teknologinya.
8. Keretapi North Borneo
North Borneo Steam Railway cukup terkenal dan digemari oleh pelancong asing yang ingin mengimbau nostalgia zaman perang dunia di Malaya ketika dulu. Uniknya, anda akan dibawa melihat suasana bandar dan luar bandar Sabah dengan lokomotif Jepun zaman 1970an selama 4 jam. Lengkap dengan makan pagi dan tengahari, pengalaman ini dikatakan cukup menyeronokkan untuk mereka yang cintakan sejarah.
9. Pulau Mabul
Trletak berhampiran Pulau Sipadan, pastinya menjadi syurga bagi penyelam untuk bergambar dengan terumbu karang. Selain itu anda boleh lihat hidupan laut lain seperti kuda laut, tapak sulaiman, ikan gobi, belut laut dan banyak lagi. Terdapat lebih lapan kawasan menyelam dan setiap satu ada kepuasan tersendiri. Jadikan Pulau Mabul sebagai destinasi percutian eksotik anda tentunya memberi keterujaan dan pengalaman yang menakjubkan!