6666
10 Golongan Manusia yang diusir
dari Padang Mahsyar
Bismillahirrahmanirrahim
Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tajuk
entry kali ni seriously memang rasa gerun and cuak sebab hidup kita kat dunia tak
tahu lagi macam mana berakhir, pastu apabila semuanya dibangkitkan dari padang
mahsyar kelak pun tak tahu macam mana keadaan kita. Kalau kita buat amal baik
seperti yang disyariatkan oleh Allah, In Sha Allah kita dibangkitkan dalam
keadaan yang baik. Jadi, sebenarnya keadaan kita dibangkitkan di padang mahsyar
nanti based on apa yang kita amalkan
sepanjang kita hidup kat dunia ni. So,
diharapkan info yang Aisyah dapat dan ingin kongsikan bersama ni dapat
dijadikan pedoman kepada kita agar sentiasa berjaga-jaga dengan setiap perkara
yang kita lakukan agar di Padang Mahsyar kelak kita tidak tergolong antara 10
golongan manusia yang akan diusir Allah dari padang mahsyar kelak.
Na’uzubillahiminzalik.
1. Mereka diusir berupa kera
Mereka ini adalah golongan manusia semasa di dunia suka mengadu
domba.
2. Mereka diusir berupa babi
Golongan manusia yang suka makan barang yang haram.
3. Mereka yang dihalau dalam keadaan yang
terbalik iaitu kakinya di atas dan kepalanya di bawah
Mereka ini merupakan golongan yang suka berdusta atau tidak menepati
janji.
4. Mereka yang dihalau dalam keadaan bisu
dan pekak serta tidak berakal
Adalah terdiri daripada golongan manusia yang riak, bangga diri dan
sombong.
5. Mereka yang diusir dalam keadaan
mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya
dan dari mulutnya itu keluar nanah yang menjijikkan
Ini adalah golongan manusia yang terdiri daripada ahli pidato yang mana
ucapannya berlainan dengan tingkah lakunya.
6. Mereka yang dihalau dalam keadaan
tersalib di pohon kurma dari neraka
Ini merupakan golongan manusia yang semasa hidupnya berusaha
mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka yang diusir dalam keadaan
terpotong tangan dan kakinya
Mereka ini ialah orang yang mengganggu jiran tetangganya semasa
hidupnya.
8. Mereka dihalau dalam keadaan buta
Mereka ini adalah dari golongan manusia yang curang dalam menetapkan
hukum-hakam.
9. Mereka dihalau keadaan busuknya lebih
busuk daripada bau bangkai
Mereka ini pula ialah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwatnya
dan menolak perkara wajib seperti solat, puasa, zakat, tidak menjalankan kerja
dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai
pakaian besi yang panas
Golongan manusia yang terdiri daripada mereka yang mensyirikkan Allah.
Berdasarkan
perkongsian tadi, marilah sama-samalah kita bermuhasabah diri kita kembali sama
ada kita tergolong dalam golongan yang telah disenaraikan di atas. Sekiranya
ada, marilah sama-sama kita bertaubat dan membuang sifat-sifat buruk tu agar
kelak kita tidak dibangkitkan dalam keadaan yang keji disisi Allah S.W.T.
(editor:@isyah)