6666
10 Tips Kawal Perasaan Gemuruh
Takut…Berdebar-debar…Terketar-ketar..Jantung
Berdegup Kencang…
Ha..ni la antara simptom yang
selalu kita rasai bila tiba-tiba esok nak kena buat presentation kat depan kelas ataupun bos. Time tu la rasa macam
jantung nak tercabut. Sebenarnya ini merupakan perkara normal kat semua orang
bila berhadapan sesuatu perkara yang dia tak biasa lakukan. Ia merupakan satu tindak
balas fisiologi badan apabila seseorang itu diserang ‘darah gemuruh’. Namun,
perasaan gemuruh yang melampau juga boleh memberi kesan dan imej yang negatif
kepada diri individu itu sendiri dan juga orang disekelilingnya tau.
Aisya tahu bahawa bukan semua
orang mempunyai keberanian dan keyakinan apabila berada di hadapan khalayak
ramai. Aisya pun sama juga. Hehehe..Biasanya apabila perasaan gemuruh terlalu
kuat ia secara tiba-tiba akan menyebabkan seseorang itu berasa seperti sukar
bernafas, kaku, blank, wajah
kelihatan pucat dan banyak lagi simptom lain. Walau bagaimanapun, masalah ini
sebenarnya boleh dikawal. Jadi, dibawah ini Aisya ada berikan beberapa tips
untuk mengawal perasaan gemuruh especially
time nak hadapi exam dan berucap
di khalayak ramai.
1. LAKUKAKAN PERSEDIAAN AWAL
· Persediaan awal ni selalunya melibatkan perkara
seperti membuat penyelidikan, mengulang kaji nota. Ia penting supaya kita dapat
prepare bila saat-saat kita blank secara
tiba-tiba.
2. BERPENAMPILAN SESUAI DENGAN KEADAAN MAJLIS
· Ini penting supaya dapat meningkatkan keyakinan
diri korang. Ini kerana, kebanyakan orang akan menilai diri kita berdasarkan
penampilan yang kita persembahkan. Kalau penampilan kita nampak smart, ia dapat
bantu kita memberi impression yang
baik orang sekeliling kat kita. Lebih-lebih lagi diorang yang baru first time jumpa kita.
3. MULAKAN DENGAN MEMBACA BISMILLAH
DAN DOA
· Sebagai orang Islam, amalan membaca Bismillah dan
doa semestinya dapat membantu dalam mengurangkan perasaan gemuruh. Sebelum
keluar rumah, melangkah masuk ke tempat yang ditujui dan memulakan perkara yang
dikhuatiri tu, bacalah bismillah dahulu. Satu lagi, amalkan baca doa Nabi Musa
A.S dalam surah Taaha: 25-28 yang bermaksud,
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku.”
4. MINTA RESTU DARIPADA IBU BAPA @ SUAMI
·
Sebelum hadiri mana-mana majlis, mintalah izin
daripada ibu bapa atau suami. Mudah-mudahan berkat restu dan doa mereka, segala
urusan akan dipermudakan dan berjalan dengan lancar.
5. BERWUDHU’ DAN BERSELAWAT KE ATAS
NABI S.A.W
·
Amalkan sebelum melangkah keluar rumah ataupun on
the way ke tempat urusan. Ini dapat bentu tingkatkan keyakinan dan kurangkan
perasaaan gemuruh tu.
6. TARIK NAFAS PANJANG, TAHAN, DAN
LEPASKAN PERLAHAN-LAHAN
·
Lakukan berulang kali sehingga berasa tenang dan
lapang.
7. AMATI SEPINTAS LALU PERSEDIAAN
YANG TELAH ANDA LAKUKAN
·
Sebelum melangkah atau masuk ke ruang yang ditujui
tu, cuba ingati dan lihat nota serta bahan-bahan yang dikaji.
8. FOKUS PADA APA YANG INGIN
DILAKUKAN
·
Usah terlalu risau terhadap apa yang korang lakukan
dan perkatakan. Hindari perasaan negatif ketika menghadapi perkara yang
dilakukan.
9. BERUSAHA MEYAKINKAN DIRI
·
Sematkan kata-kata positif dalam diri anda dan
ingat kata-kata seseorang yang anda hormati ataupun sayangi apabila berdepan
dengan perasaan gemuruh.
10. JANGAN BERADA DALAM KEADAAN
STATIK SAHAJA
·
Kalau boleh buat pergerakan sedikit terutama semasa
lakukan presentation di hadapan
khalayak. Tapi ia perlu bergantung pada keadaan juga. Kalau keadaan seperti
interview tu pula, janganlah pula korang pergi bergerak sesuka hati. Cukuplah
sekadar untuk mengurangkan perasaan gemuruh seperti mengurut-urut jari tanpa
pihak yang melihat itu sedar.
Akhir kata, diharapkan tips
yang diberikan ini dapat membantu korang dalam mengawal perasaan gemuruh
terutamanya berhadapan dengan perkara-perkara baru dalam hidup korang. Yakin
dan sentiasa katakana pada diri korang BOLEH dengan setiap apa yang
dilaksanakan.
Editor: @isyah