6666
6 sebab utama mengapa Syaitan @
Iblis laknatullah membenci bulan Ramadan!!!
Pertanyaan Rasulullah S.A.W:
“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis: “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu surga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam surga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”
Kali
ini Aisya nak kongsi pengetahuan agama lagi dengan kawan-kawan blog semua
berkenaan Iblis atau Syaitan Laknatullah ini…KENAPA DAN MENGAPA SYAITAN
MEMBENCI BULAN RAMADAN?
Lihat
sahaja pertanyaan Rasulullah S.A.W kepada Syaitan yang dijawab sendiri olehnya dalam
dialog Rasulullah dengan Syaitan diatas.
Hmmm
memang patutlah Syaitan membenci sangat bulan Ramadan sebab segala usaha godaan
serta tipu helahnya selama ini kemungkinan akan hancur sekiranya umat nabi
iaitu kita telah bertaubat dan menyesali segala dosa yang lalu dengan melakukan
kebaikan dan amalan di bulan Ramadan.
Disini
Aisya nyatakan sekali lagi sebab mengapa Syaitan membenci bulan Ramadan berlandaskan
soal jawab dialog di atas dengan seperti berikut:
Akan terpancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh rasa kegembiraan yang amat sangat.
Umat nabi yang berpuasa akan mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah Taala dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah yang berlipat kali ganda, segala kesalahan kecil yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan syaitan berduka cita yang amat sangat.
Syaitan juga paling sakit hati kerana semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Allah Taala mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
Syaitan juga paling sedih kerana setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
Pada hari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya Syaitan dan Iblis dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan mereka semua ke bawah bumi yang bahagian paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah Syaitan laknatullah dibebaskan kembali.
Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah S.W.T demi supaya Syaitan tidak mengacau dan mengganggu umat Nabi Muhammas S.A.W yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada Syaitan, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.
Sebab
itu, kalau boleh jaga amalan kita tidak kira pada bulan apapun terutama bila
masuk bulan Ramadan. Buat amalan kebaikan yang banyak pada bulan Ramadan sebab
tiada lagi gangguan dari Syaitan Laknatullah. Hanya tinggal nafsu sahaja
sebagai dugaan. Namun, percayalah bahawasanya sekiranya kita dapat melepasi 2
godaan terbesar ini, In Shaa Allah ganjarannya amatlah besar. Semoga mendapat
pengetahuan dan iktibar bersama.
(editor:@isyah)