6666
1. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Bumi knyalang sememangnya terkenal dengan spesis orang utan yang menjadi ikon negeriitu. Terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching. Ianya bukan khusus untuk orang utan sahaja tetapi merupakan tempat rawatan lebih 1,000 ekor haiwan liar.
Selain melihat orang utan, anda boleh menjiwai 'semangat hutan' dengan mendengar bunyi unggas sambil berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini.
2. Taman Orkid Kuching
Terletak di seberang Kuching Waterfront ini, anda boleh mencuci mata denfan lebih 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak. Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.
Untuk pengetahuan anda, orkid berbunga mengikut musim, anda mungkin kecewa jika datang pada waktu orkid-orkid ini tidak berbunga.
3. Pasar Satok Kuching
ika anda ingin melihat apa sajian harian masyarakat tempatan, anda perlu ke Pasar Satok yang dibuka pada setiap hujung minggu.
Apa yang menariknya di Pasar ini ialah penjual-penjual pribumi datang sendiri dari kawasan pedalaman mereka ke Pasar ini dengan menaiki pajuan empat roda bagi menjual sayur tradisional, hasil hutan, ikan dan pelbagai barangan basah dan kering lain. Teristimewa, kek lapis Sarawak, ulat mulong dan kuih sago sering mendapat perhatian. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis ulam-ulaman dan makanan yang tidak mungkin dapat dilihat di Semenanjung.
4. Muzium Sarawak
Muzium tertua di Borneo ini hasil binaan Charles Brooke pada 1891 ini bukan sahaja menyimpan pelbagai artifak penting negeri ini. Dibina mengikut gaya dewan bandaraya di Perancis, muzium ini adalah tempat terbaik untuk anda melihat dan mempelajari tentang budaya, sejarah dan corak hidup masyarakat pribumi Sarawak. tetapi juga dapat melihat sendiri suasana rumah panjang, lengkap dengan ukiran patung kayu dan tengkorak manusia.
Di seberang jalan, bangunan baru muzium ini pula memaparkan pelbagai senjata masyarakat asal Sarawak di samping artifak tiang pengebumian Kenyah dan bot perang Iban.
5. Kuching Waterfront
Oleh kerana ianya berada di pesisir sungai dan jaraknya yang agak panjang, anda bukan sahaja dapat bersiar-siar menikmati pemandangantetapi juga melihat pelbagai bangunan bersejarah.
Jika anda datang dengan perut lapar, anda boleh saja menjamu selera di benteng sungai. Dan jika anda ingin ke seberang dan mencari terubuk masin atau kek lapis, ada sampan-sampan kecil yang boleh membawa anda ke seberang. Rugi kalau tak bawa balik kek lapis Sarawak yang memang terkenal dengan rasanya yang sedap dan unik.
6. Fairy Caves Kuching
Terletak berdekatan pekan Bau atau 50km dari Kuching ialah sebuah gua yang dipanggil Gua Pari-Pari atau Fairy Caves. Anda dinasihatkan makan dahulu kerana tidak ada kedai makan disekitarnya dan perlu menaiki tangga sebelum masuk ke gua.
Di dalam gua ini anda akan dapat melihat tumbuhan-tumbuhan hijau yang hidup di dalam gua di samping melihat keindahan dan sejuknya suasana gua. Ianya sesuatu yang sukar dibayangkan oleh mereka yang belum pernah masuk ke dalam kawasan sebegini. Sesuai untuk anda yang cintakan semulajadi!
7. Taman Negara Bako
Nature is calling!!!
Bagi pencinta alam semulajadi, apa kata anda luangkan masa anda untuk aktiviti yang lebih sihat sambil menghirup udara segar di Taman Negara Bako yang letaknya 37 km dari Kuching ini .Ada 16 laluan denai di sini yang boleh anda uji trekkeupayaan anda atau masa yang anda ada.
Taman Negara terkecil di Asia Tenggara tetapi yang tertua di Sarawak ini dikatakan unik kerana ia menyimpan hampir semua spesis tumbuhan Borneo. Di sini anda bakal melihat pelbagai haiwan liar seperti babi hutan, monyet proboscis (atau dipanggil monyet belanda berhidung besar yang hanya ada di Borneo), 150 spesis burung dan haiwan kecil seperti sang kancil serta dapat melihat kawasan laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau di dalam satu taman negara.
8. Kampung Budaya Sarawak
Terletak 45 minit perjalanan dari bandar Kuching adalah Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium hidup yang dibina untuk anda melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat etnik di sini.Di sini anda boleh merasa menaiki jambatan buluh dan masuk ke rumah panjang Bidayuh dan melihat pelbagai peralatan tradisi mereka.
Anda juga boleh berjalan masuk ke pelbagai replika rumah etnik di Sarawak, termasuklah ke dalam sebuah rumah mesyuarat kaum Bidayuh yang dipanggil Baruk. Tempat ini bukan saja diguna untuk perjumpaan penting tetapi juga tempat meletak kepala-kepala musuh yang telah dipenggal dan menyimpan senjata-senjata penduduk yang tinggal di rumah panjang.
9. Pusat Hidupan Liar Matang
Matang Wildlife Center terkenal dengan The Great Orang Utan Project — sebuah program yang menerima sukarelawan seluruh dunia untuk membantu memulihara orang utan liar yang tercedera atau yang diterima dari Semenggoh.
Terletak 35 km dari Kuching, Matang membolehkan anda boleh melihat pelbagai haiwan Borneo yang dirawat dan dalam proses rehabilitasi — dari buaya dan kancil hinggalah kepada haiwan terancam seperti beruang matahari dan burung kenyalang.Menarikkan!