......

4 TIPS MENJAGA BINATANG PELIHARAAN

6666


Adalah satu perkara yang wajar untuk anda memilih untuk memelihara binatang seperti kucing, anjing, arnab, burung, iguana dan lain-lain. Kami menyediakan 4 tips yang boleh dijadikan panduan agar binatang peliharaan anda berasa selamat dan bebas dari pelbagai penyakit.

1. Mengambil berat.

Bawalah haiwan peliharaan anda ke klinik veterinary dan berikan Haiwan peliharaan anda suntikan vaksin agar mereka tercegah daripada penyakit yang sering menyerang binatang dan agar anda tidak terjangkit kepada virus yang dibawa. Selain itu, mandikan haiwan peliharaan anda dan berikan sabun yang sesuai pada mereka. Mata, telinga, hidung, mulut dan anus juga perlu diperhatikan agar sentiasa bersih dan cerah.

2. Tempat tinggal.

Tempat tinggal yang sesuai dan baik untuk haiwan peliharaan anda merupakan tempat tinggal yang jauh dari kebisingan. Sebagai contoh, hamster merupakan haiwan yang sensitive dan mudah terganggu dengan kebisingan, oleh itu bina lah sangkar yang sesuai dan tidak terdedah dengan haiwan-haiwan lain seperti kucing dan anjing.

3. Perlakukan haiwan dengan kasih sayang.

Walau sesibuk mana pun anda, perhatikan lah haiwan peliharaan anda. Luangkan sedikit masa anda untuk membawa mereka berjalan-jalan ke taman, bermain ataupun membersihkan mereka. Hal ini dapat mempengaruhi keberlangsungan hidup mereka dan jangan sesekali menggunakan kekerasan. Haiwan juga makhluk yang berkongsi kehidupan dengan anda.

4. Makanan.

Jaga juga pola pemakanan agar tidak terlebih kerana ia akan menyebakan haiwan peliharaan anda muntah dan sakit. Banyak produk makanan yang berada dipasaran, anda hanya perlu memilih mana yang menepati citarasa binatang peliharaan anda dan mengandungi zat-zat yang terbaik.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..