6666
10 Tanggungjawab Anak kepada Ibu Bapa
**Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh**
Setiap anak yang
dilahirkan di dunia ini, tidak dapat lari daripada menjalankan tanggungjawabnya
kepada ibu bapa. Setiap kehidupan yang kita lalui ini, adalah bertujuan untuk
mendapat keredhaan dan kasih sayang dari Allah. Tapi tahukah kita, redhanya
Allah itu adalah terletak kepada redhanya ibu bapa ke atas kita. Oleh itu,
janganlah kita sekali-kali melepaskan tanggungjawab bahkan menderhakai ibu bapa
kita, kerana kelak akan mendapat balasan serta murka daripada Allah S.W.T yang
mana bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
10 Tanggungjawab
yang Aisya nak kongsikan ni diharapkan dapat membantu saudara/i sekalian bagi
terus berbakti sekaligus mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat.
1. Menghormati dan Mentaati Ibu Bapa
Ø Sebagai
seorang anak, selagi ibu bapa kita tidak menyuruh kita melaksanakan perkara
yang bercanggah dengan agama, selagi itu kita bertanggungjawab untuk
menjalankan apa yang disuruh oleh mereka. Hormati dan jangan sekali-kali
menunjukkan tingkah laku yang boleh mengguris perasaan mereka.
2. Memahami kehendak Ibu Bapa
Ø Fahami
kehendak disini bukan bermaksud memberi segala keperluan kehendak dari segi
kewangan semata-mata, tetapi fahami apa yang mereka mahukan dari kita iaitu
dari segi tingkah laku dan nasihat yang mereka berikan. Kebanyakan anak pada
hari ini hanya mahu ibu bapa sahaja memahami kehendak mereka. Cuba sesekali
kita buka minda dan mata tentang apa yang ibu bapa mahu kita jadi. Sebagai
contoh, fahami kalau suruh kita pakai tusung tu kenapa? Hari-hari bising suruh
solat tu kenapa? Tak bagi pakai baju ketat-ketat tu kenapa? Fikirkan.
3. Bercakap dengan sopan
Ø Satu
cara jalankan tanggungjawab kepada ibu bapa juga adalah bercakap dengan sopan
dan lemah-lembut. Walaupun zaman sekarang ni, kita boleh tengok ada sesetengah
ibu bapa yang moden. Dalam kata lain boleh buat macam kawan kita. Namun adab
ketika bercakap dengan orang yang melahirkan dan membesarkan kita harus ada
batasnya juga. Cakaplah elok-elok dengan mereka.
4. Lafazkan Sayang dan Ucapkan Maaf
Ø Ha
yang ni confirm memang susah nak buat. Berapa orang yang kalau balik rumah atau
call ibu bapa diorang cakap “Saya sayang mak ayah”. Tiba-tba rasa macam buat
tebiat jer kan. Tapi cuba amalkan bila call atau buat silap ucapkan perkataan
sebegini, secara tak langsung ia dapat menyejukkan hati mereka. Biarpun kita
tak mampu mana nak bagi diorang bantuan kewangan.
Ø Senang
cakap, ni antara salah satu anda tunjukkan kasih sayang korang kat mereka.
5. Memberi dan menyediakan bantuan kewangan/bukan kewangan
Ø Berilah
sebanyak mana yang anda mampu. Terutama bagi ibu bapa yang sudah lanjut usia
dan sudah tidak mampu untuk bekerja. Bantuan tidak semestinya berbentuk wang.
Kudrat mahupun tenaga pun boleh. Ini semua pun masih tak terbayar dengan apa
yang telah mereka korbankan untuk membesarkan kita.
6. Menyediakan tempat berteduh/tinggal
Ø Kebiasaannya
ia berlaku kepada ibu bapa yang kehilangan tempat tinggal. Oleh itu, anak
bertanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada ibu bapa
supaya keselamatan dan keperluan mereka terjamin.
7. Meluangkan masa bersama-sama
Ø Bagi
mereka (anak) yang bekerja atau tinggal jauh daripada ibu bapa mereka,
sebenarnya bertanggungjawab untuk meluangkan masa bersama-sama mereka. Jangan
terlalu mementingkan kerjaya/duit sehingga mengabaikan perasaan ibu bapa kita
yang tinggal di kampung. Kerap
pulang dan lakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka.
8. Memberi perhatian kepada Ibu Bapa
Ø Sebagai
seorang anak juga, kita mestilah sentiasa menunjukkan perhatian kepada ibu bapa
kita. Kerap kali telefon mereka bertanyakan khabar berita agar mereka tidak
berasa kesunyian. Cuba
tunaikan permintaan mereka agar mereka tidak berasa disisihkan.
9. Menghadiahkan kejayaan dan menghargai Ibu Bapa
Ø Ibu
bapa akan berasa bersyukur dan gembira tatkala melihat anak-anaknya berjaya.
Oleh itu, apabila kita beroleh kejayaan, jangan lupa untuk berkongsi dan
memaklumkan kejayaan tersebut bersama kedua orang tua kita. Ini
secara tidak langsung menunjukkan betapa kita menghargai mereka dengan apa yang
telah kita kerjakan dalam hidup.
10. Mendoakan kesejahteraan Ibu Bapa
Ø Setiap
kali solat, jangan lupa untuk sentiasa berdoa demi kebaikan dan kesejahteraan
ibu bapa kita sama ada mereka itu masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Ibnu
Umar berkata; Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W: "Apakah
perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda:
"Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya aku
lagi. Baginda S.A.W. menjawab: "Berbakti
kepada kedua ibu bapa." Aku bertanya, "Apa lagi?" Jawab
Baginda S.A.W: "Berjihad pada jalan Allah." (HR Bukhari dan Muslim)
Segala
kebaikan dan pengorbanan yang mereka lakukan terhadap kita tidak mampu untuk
kita membalasnya. Maka itu, berdoalah kepada Allah agar ibu bapa kita mendapat
balasan nikmat yang tidak tenilai disisi Allah S.W.T.
Editor:@isyah