6666
7
Fakta Menarik Tentang Otak Manusia
Tahukah
korang yang otak manusia ni merupakan bahagian tubuh yang rumit dan paling unik
yang mana sehingga hari ini masih banyak yang kita tidak faham mengenainya. Tanpa
otak bahagian tubuh tidak dapat menjalankan sistem dalam tubuh badan kita
dengan baik.
Jadi
disini Aisya ingin berkongsi 7 Fakta menarik mengenai otak manusia:
1. Otak manusia adalah lebih cepat
dan berkuasa daripada superkomputer.
Apabila
korang melihat sesuatu yang bahaya, otak korang berupaya untuk bertindak balas
dengan apa yang dilihat dalam masa beberapa saat sahaja. Menakjubkan kan. Time tu tak de pulak komputer atau cip
mana-mana beri arahan kat korang. Ini adalah satu tindakan refleks apabila otak
bertindak memuat turun, memproses dan seterusnya bertindak balas dengan apa
yang berlaku. Otak akan mengakses isyarat yang datang dari deria seperti mata,
telinga, hidung, lidah dan sentuhan pada kelajuan yang menakjubkan untuk kita
bertindak balas dengan sesuatu keadaan.
2. Otak manusia boleh menjana kuasa
elektrik cukup untuk kuasa lampu mentol berkuasa watt.
Otak
manusia mengandungi kira-kira 100 billion sel-sel mikroskopik yang dipanggil
neuron. Setiap kali korang dibuai mimpi, berfikir, atau bergerak, ia adalah
disebabkan oleh isyarat elektrik dan kimia berlumba-lumba antara neuron di
dalam otak bersama-sama dengan berbillion laluan neuron kecil. Ini yang
membuatkan aktiviti dalam otak kita ni tidak pernah berhenti walaupun kita
tidur. Bayangkan neuron tunggal boleh menjana sejumlah kecil elektrik, dan
apabila digabungkan dengan berbillion neuron dalam otak kita ni, ia boleh menghasilkan
tenaga yang cukup untuk kuasa lampu mentol berkuasa watt.
3. Sel neuron menghantar maklumat ke
otak korang lebih daripada 240kmph
Sel
neuron dalam otak kita sebenarnya boleh menyampaikan maklumat pada kelajuan
lebih daripada 240kmph. Laju kan. Otak korang ini kemudiaannya akan menggunakan
neuron motor untuk menghantar mesej kembali pada mana-mana saraf pergerakan
untuk bertindak hasil daripada pemprosesan maklumat tersebut.
4. Apabila korang belajar, korang
sebenarnya menukar stuktur otak korang.
Bagaimana?
Sebagai contoh, ingat tak macam mana perasaan dan pemikiran korang bila nak
belajar tunggang basikal? Sebenarnya pada ketika itu, otak telah menghantar
mesej ‘menunggang basikal’ si sepanjang laluan neuron. Malah ia dibentuk
bersambungan baru setiap kali anda belajar sesuatu yang baru. Secara tidak
langsung struktur otak kita boleh berubah pada bila-bila masa setiap kali kita
mempelajari sesuatu yang baru.
5. Senaman
membantu membuatkan otak korang lebih bijak
Para
saintis mendapati bahawa apabila seseorang manusia itu melakukan senaman, ia
dapat menjadikan otak anda lebih cepat berfikir. Ini adalah kerana tubuh badan
anda pada ketika itu menghasilkan bahan kimia yang membuatkan otak anda lebih
bersedia untuk belajar. Jadi tidak hairan sekiranya anda mengalami masalah dan
kemudian keluar berlari seketika, dan tiba-tiba anda dapat menyelesaikan
masalah tersebut, ia menunjukkan bahawa aktiviti senaman atau riadah dapat
membantu otak untuk memproses maklumat dengan lebih bijak.
6. Otak manusia sebenarnya lebih aktif
pada waktu malam
Mungkin korang sering beranggapan bahawa otak
kita ni lebih aktif pada waktu siang. Sebab ye la kan, waktu siang kan time tu
kita bekerja. Tubuh badan pulak waktu siang lah paling aktif. Ha akan tetapi
faktanya adalah otak kita lebih aktif semasa kita ni tidur yakni pada waktu
malam.
7. Otak manusia
memerlukan jumlah oksigen yang besar
Walaupun saiz normal otak manusia adalah
hanyalah 2% sahaja daripada keseluruhan berat tubuh badan seseorang manusia
itu. Namun, hakikatnya otak kita ni memerlukan kira-kira 20% jumlah oksigen dan
kalori yang diperlukan tubuh bagi menjalankan keseluruhan sistemnya.
editor:@isyah