6666
TINGKATKAN DAYA INGATAN ANDA DENGAN...
Meningkatkan keupayaan minda atau
menambahkan daya ingatan adalah perlu bagi semua orang. Daya ingatan semakin
lemah apabila umur makin menginjak tua. Adalah salah persepsi sesetengah orang
yang mengatakan bahawa semakin banyak berfikir dan semakin banyak belajar
semakin orang tersebut cepat lupa dan mempunyai keupayaan minda yang lemah. Ia boleh
terjadi sekiranya cara menggunakan otak untuk bekerja adalah salah. Berikut adalah
tips bagaimana meningkatkan keupayaan minda dengan cara yang betul berdasarkan
sumber yang boleh dipercayai dan telah terbukti keberkesanannya walaupun umur
makin meningkat.
Jangan
melakukan maksiat tapi tambahkan amal ibadat
Dalam Islam maksiat adalah satu perkara
yang ditegah. Antara contoh yang boleh mengurangkan daya ingatan ialah melakukan
dosa tetapi banyak melakukan amal ibadat dapat menajamkan fikiran. Antara contoh
maksiat ialah seperti mengumpat, bercakap bohong, berzina ataupun menonton
video lucah manakala untuk tajamkan daya ingatan ialah membaca Al-Quran,
berzikir dan banyak berdoa.
Bersenam
Senaman boleh meningkatkan daya ingatan.
Tidak perlu senaman yang berat dan pada tempoh yang lama. Cukup hanya 2-3 kali
seminggu antara 10 minit hingga 30 minit dengan berjoging, bermain badminton, bermain futsal,
ataupun bermain permainan yang menguji fikiran serta mencabar minda seperti
soduko, chess, teka silang kata. Membuat
kerja-kerja rumah juga adalah satu senaman yang baik seperti membasuh baju
menggunakan tangan, membuang rumput di halaman, mop lantai, sapu sampah dan
sebagainya.
Pemakanan
Makan makanan Sunnah seperti kurma dan kismis, dan kurangkan makan benda yang masam. Jangan
lupa sarapan dan makan makanan yang seimbang serta jangan sampai terlalu
kenyang. Ambil supplement minda yang
boleh dipercayai dan halal, dan dapatkan nasihat doktor. Banyak makan buah dan
sayur-sayuran. Banyak makan di rumah berbanding di luar.
Tidur
Tidur yang mencukupi dan tidak
berlebihan. Tidur pada waktu malam dalam pukul 10 atau 11 hingga pukul 5 atau 6
pagi. Jangan tidur selepas subuh. Siang boleh tidur seeloknya sebelum masuk
waktu Zohor, mungkin hanya 1 jam sahaja. Elakkan tidur selepas asar hingga
maghrib.
Emosi
Kawal emosi anda dengan selalu
berfikiran positif. Jangan suka marah-marah, kerap bersedih, dan stress. Hal ini akan mengurangkan daya
ingatan kita. Belajarlah kawal emosi dengan bijak melalui tindakan yang
rasional.
Membuat
sesuatu yang baharu dan inovatif
Sentiasa berfikir perkara yang baik,
baharu dan inovatif. Lakukan sesuatu yang merangsang minda anda seperti belajar
bermain muzik, belajar tentang perniagaan, belajar bahasa asing, lakukan hobi
yang baru seperti menulis atau membaca sesuatu kesukaan anda seperti menulis
blog atau membaca artikel-artikel yang membina dan positif.
Kurangkan
aktiviti yang tidak bermanfaat
Jangan bazir masa anda menghabiskan masa
dengan hanya terlalu lama bermain game, menonton
movie atau berfacebook yang langsung tidak membuat anda banyak berfikir dan ilmu
yang diterima adalah tidak bermanfaat. Terutama facebook, bukan tujuan nak cari maklumat berguna atau sumber
pendapatan online tetapi hanya suka like dan komen status orang sahaja. Kurangkan
aktiviti ini.
Banyak
bergaul dengan orang yang berjaya
Lazimnya, orang yang berjaya adalah
orang yang matang dan bijak dalam menguruskan hidupnya. Banyak bergaul dengan
orang sebegini untuk merangsang minda anda dan membuat perkara seperti mereka. Contohnya
guru, pensyarah dan usahawan yang berjaya.
Ringkasnya, daya ingatan meningkat
sekiranya dengan kaedah yang sesuai walaupun umur kian meningkat.
editor: @isyah