6666
HUTANG!!!
PINJAMAN PERIBADI…BANK
@ ALONG???
SAKIT, NAK GUNA DUIT
SAMBUNG BELAJAR
(Sumber: Zulkifli.com)
Kita
seringkali melihat, merasai pengalaman sendiri serta mendengar bahawa
kebanyakan kita dan kawan-kawan kita pasti mengalami masalah duit. Duit ini
memang tidak akan pernah cukup seandainya kita tidak pandai menguruskannya
dengan bijak. Semestinya kita kena tahu masalah duit atau wang ini bukan hanya
orang miskin sahaja yang mengalaminya kerana orang kaya juga turut terlibat
kerana terjebak masalah dengan hutang yang banyak atau muflis dengan
perniagaan. Oleh itu, penulis
menyenaraikan 10 tips untuk urus kewangan dengan bijak.
1) Ubah Sikap
Ubah
sikap dan tetapkan pendirian agar tidak menjadi pemboros atau suka membazir dan
mengikut nafsu apabila mempunyai duit atau wang. Malas mencari duit, mudah
putus asa dan tidak mahu mengambil peluang, takut mengambil risiko serta kurang
berusaha untuk mencari duit perlu dielakkan. Jangan mudah merungut, menyalahkan
orang lain, serta terlalu bergantung kepada orang lain kerana ia adalah sikap
yang langsung tidak membina. Peganglah pada janji tuhan bahawa ‘Allah tidak
akan mengubah satu kaum itu melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri’.
Amalkan sikap-sikap positif dalam diri untuk berjaya dan paling penting JANGAN AMALKAN SIKAP SUKA MEMINJAM
walau dengan sesiapapun. Buat sesuatu perkara, usaha sedikit demi sedikit untuk
mencapai sesuatu dan banyakkan bersabar.
2) Menyimpan
Setiap
orang yang bekerja pasti memperoleh duit gaji. Gaji banyak atau sedikit wajib kena
menyimpan juga walau apa pun berlaku. Contoh gaji RM900, simpan RM50.
3) Selesaikan
hutang sedia ada, elakkan hutang kad kredit & mempunyai insurans
Hutang
sedia ada ini termasuk bil air, elektrik, sewa rumah, moto, kereta pada waktu
yang ditetapkan. Jangan bertangguh membayar melebihi tarikh dan waktu yang
dijanjikan. Elakkan juga mempunyai kad kredit dan membayar menggunakan kad debit
ATM kita semasa membeli barangan. Bayar secara cash atau tunai. Insurans keluarga termasuk insurans nyawa juga
perlu untuk dapatkan kewangan kecemasan apabila berlaku perkara yang tidak diinginkan.
Masuklah insurans yang bersesuaian dan menguntungkan serta membuat pelaburan
balik kepada si penerima.
4) Bayar
zakat dan bersedekah
Orang
Islam wajib kena bayar zakat apabila bekerja. Jangan anggap zakat sebagai beban
sebab dengan membayar zakatlah orang Islam akan dapat rezeki daripada Allah
daripada sumber yang tidak dapat dijangkakan dan ia memang bukanlah sesuatu
yang membebankan. Sedekah juga kepada insan yang memerlukan bukan hanya kepada
orang miskin, anak-anak yatim tetapi keluarga, dan mereka yang memerlukan
pertolongan kita.
5 5) Berbelanja
mengikut pendapatan
Sekiranya
pendapatan kita dalam RM2000. Berbelanja mengikut keperluan. Rancang perkara
yang perlu dibuat semasa menerima gaji atau pendapatan. Beli barangan ikut
kemampuan dan elakkan hutang. Contoh gaji yang ditetapkan untuk berbelanja
adalah RM700 selepas ditolak dengan hutang dan simpanan. Beli barangan dapur
dan apa-apa barangan yang menjadi
keperluan bulanan. Bijak memilih barangan yang murah tetapi berkualiti.
6) Menyenaraikan
barangan keperluan dalam pembelian mengikut keutamaan
Dalam
RM700 untuk pembelian barangan keperluan. Utamakan barang yang perlu dahulu
atau perbaiki barangan yang rosak seperti mesin basuh, kipas angin dan
sekiranya ada yang lebih utamakan barangan dapur dahulu. Amalkan gaya hidup
makan dirumah berbanding makan di luar. Selepas itu lihat pula pada pakaian,
buat penilaian yang perlu, sekiranya pakaian seperti tudung dah banyak, apa
salahnya guna dahulu yang sedia ada. Yang pasti elakkan membazir.
7) Rewards
Sebagai
manusia kita tidak lari dari kehendak kehidupan. Apa yang orang lain ada kita
juga mahu ada. Tetapi biarlah ikut kemampuan. Sekiranya ada bonus, gaji yang
lebih banyak selepas ditolak dengan simpanan, hutang dan segala keperluan
mencukupi seisi keluarga. Barulah membeli barangan yang kita inginkan tetapi
rancanglah dahulu. Jangan terlalu gelojoh untuk membeli segera perkara yang
dinginkan. Buat penilaian, teliti harga dan belilah barangan tersebut dengan
harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan. Contohnya ‘upgrade kereta baru’, beli
tudung berjenama, makan di restoran yang mahal atau melancong.
8) Membuat
pelaburan atau menambahkan pendapatan
Untuk
mendapatkan gaji yang lebih baik daripada sebelumnya, kita boleh membuat
pelaburan ASB atau pelaburan yang sah, selamat serta mengikut syariah bagi yang
Islam disamping menjana pendapatan mengikut tahap kesihatan tubuh. Sumber
rezeki yang banyak datangnya daripada perniagaan. Buatlah part time kerja untuk menambahkan pendapatan keluarga yang tidak
membebankan dan menjejaskan kesihatan tubuh badan.
9) Dapatkan
nasihat kewangan
Untuk
mendapatkan tips yang lebih baik secara terperinci dalam menguruskan kewangan anda
sendiri. Banyak daripada pihak kerajaan dan NGO yang boleh membantu kita dalam
memberikan nasihat kewangan dalam menguruskan kewangan dan hutang peribadi yang
terbeban. Jangan berasa segan, kerana bukan kita seorang yang mengalami masalah
kewangan tetapi ramai. Cepatlah berjumpa dengan mereka seperti AKPK atau Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau kawan anda sendiri yang berjaya dalam
kerjaya dan kehidupannya serta yang tidak mengalami masalah kewangan yang
beban.
10) Membeli aset
Kepada
mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi janganlah ingat masalah
kewangan tidak akan dihadapi oleh anda. Malang kan tidak berbau. Jadi belilah
aset yang boleh membawa pulangan balik kepada anda seperti rumah, emas, berlian
dan hartanah.
Ringkasnya,
rancanglah kewangan anda dengan bijak dan elakkan berhutang.
editor:
@isyah