6666
20 tanda suami bahagia dalam rumah tangga***
Setiap pasangan suami isteri mesti nak bahagia
dalam rumah tangga kan,
Pertahan sampai hujung usia.
Tapi nak bahagia antara satu sama lain, tidak
semua yang dapat rasa,
Kadang-kadang sebelah pihak yang rasa,
Kadang-kadang kedua-duanya dah tak bahagia
walaupun usia perkahwinan baru setahun dua.
Namun, kita dapat kesan pasangan kita sama ada
bahagia dengan kita atau tidak.
Bagi sang isteri, berikut ialah 20 tanda kita
dapat lihat sama ada suami bahagia dalam perkahwinannya atau tidak:
1. Wajah suami sentiasa ceria dan bersih
2. Suami sihat, bersemangat dan bertenaga
3. Suami banyak bercakap dengan kita dan suka
mengusik (bergurau senda) dengan kita
4. Suami menolong kita membuat kerja-kerja rumah
5. Apabila berlaku pergaduhan suami akan pujuk
kita dahulu dan meminta maaf
6. Suami menolong keluarga kita dalam kesusahan
7. Suami memuji kita melalui ibu bapa kita, keluarga,
anak-anak, kawan-kawannya, atau jiran
8. Suami suka keluar berjalan dengan kita
berbanding dengan kawan-kawannya
9. Suami tidak boleh berjauhan dengan kita walau
sehari
10.
Suami ambil
berat sakit demam isteri
11.
Suami
menangis sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada kita
12.
Suami selalu
bagi kejutan seperti hadiah. Tidak perlu tunggu birthday kita pun, dia bagi
13.
Suami suka
bermanja dengan kita macam kanak-kanak
14.
Suami suka
menyuruh kita membelainya sebelum tidur. Contoh gosok/urut badannya sebelum
tidur
15.
Suami suka
makan di rumah berbanding di luar
16.
Suami akan
bertanya khabar kita walau sekali sewaktu di tempat bekerja melalui call atau sms atau berhubung
dengan kita melalui whats app, we chat,
line sekiranya outstation atau
bekerja lama @ over time
17.
Suami suka
bersama kita di ranjang
18.
Suami
bersabar dengan karenah kita
19.
Suami
sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya untuk kebahagiaan rumah tangga kita
20.
Naluri anda
yang mengatakan suami anda bahagia dengan anda.
Oleh itu,
semua tanda-tanda berikut ialah sesuatu yang lazim berlaku apabila suami
bahagia dalam rumah tangganya.
Namun,
setiap orang atau lelaki ada caranya tersendiri dalam menunjukkan kasih
sayangnya terhadap isteri dan keluarganya.
Apapun yang
penting sekali bagaimana suami mahupun isteri menguruskan rumah tangga supaya
kekal bahagia hingga akhirnya & janganlah berharap sebelah pihak sahaja
yang menjaga dan menyayangi seperti yang kita mahukan,
Kita juga
mesti berusaha menjaga dan mengekalkan kebahagiaan tersebut dengan cara anda
sendiri tetapi menjadi kesukaan pasangan kita,
Dan sememangnya
toleransi atau tolak ansur dalam rumah tangga adalah sangat penting.
~the end~
editor : @isyah