6666
10
CARA-CARA NAK KURUS DENGAN CEPAT***
Ada
10 cara nak kurus. Berikut ialah cara-caranya:
Tetap pendirian
Kalau
nak kurus, jangan fikir nak kurus dalam tempoh yang cepat. Ambil masa dan buat
secara perlahan-lahan. Janji sihat.
Minum air putih dengan banyak
Minum
air putih dalam 3-5 liter sehari ikut kemampuan dan konsisten. Minum 3-4 gelas
air sewaktu bangun pagi.
Sarapan
Wajib
ambil sarapan. Kalau dah rasa kenyang pada waktu tengah hari, boleh skip dan makan pada waktu petang. Makan makanan
Sunnah seperti madu juga boleh kuruskan badan. Ambil sesudu pada waktu pagi
sebelum sarapan.
Kurangkan nasi banyakkan protein
Secara
perlahan-lahan kurangkan pengambilan kuantiti nasi. Contohnya kalau dah biasa
makan 2 pinggan, jadi sepinggan.
Makan makanan kurang berminyak
Banyakkan
makan makanan yang kurang lemak dan minyak seperti bergoreng. Makanlah makanan
yang berkuah seperti sup.
Bersenam
Bangun
pagi amalkan ‘sit up’. Berjoging,
bermain badminton, futsal atau bersukan secara berkala. Tak perlu senaman yang
berat dan lama. Cukup hanya dalam tempoh yang singkat tetapi lakukan setiap
hari atau kerap.
Supplement
Mungkin
ramai yang tidak bersetuju amalkan supplement
untuk kurus. Tak ada salah sekiranya ia berkesan dan membantu. Ramai juga
yang berjaya dengannya dan kekal kurus dan sihat. Cuma, dapatkan nasihat doktor
dan mereka yang arif tentangnya dahulu. Tiada salah kalau pengambilannya asbab
kita dapat kurus dan sihat.
Jangan buat aktiviti ini
- Jangan makan ikut nafsu & jangan makan secara laju & gelojoh. Ikutlah Sunnah.
- Jangan minum air sewaktu makan, seeloknya minum air selepas 10-20 minit sesudah selesai makan.
- Jangan terus baring selepas makan.
- Jangan makan ketika lapar, makan sebelum perut rasa betul-betul lapar untuk elakkan makan banyak.
- Jangan terlalu kerap makan di luar.
- Jangan makan sewaktu menonton kerana ghairah menonton boleh menyebabkan makan dengan kuantiti banyak atau leka menonton sehingga boleh makan dengan banyak.
- Jangan malas bergerak, pelbagaikan aktiviti harian dengan banyak bergerak.
- Jangan suka amalkan suka makan apabila keluar. Contoh jika hendak shopping, shopping sahaja. Tak perlu makan. Kalau rasa lapar atau dahaga, boleh minum jus buah. Boleh hilangkan rasa lapar tu.
- Jangan minum air yang banyak sebelum tidur malam.
Berpuasa
Puasa
memang boleh buat kita kurus. Buat sahaja puasa sunat 2x seminggu. In shaa
Allah berkesan.
Kawal emosi
Jangan suka sedih, marah atau stress. Emosi yang stabil dapat membantu menguruskan badan dengan cepat.
Oleh
itu, 10 tips ini digabungkan sekali memang boleh buat kita kurus. Cepat atau
lambat ikut pada setiap individu. Sebab mestabolisme orang lain-lain. Harap bersabar
jangan cepat putus asa. Jadi, selamat mencuba ya…
editor: @isyah