6666
5
tanda seseorang yang solatnya diterima Allah
Syukur Alhamdulillah,
kalau kita dah cek checklist solat
wajib kita dah cukup lima waktu hari ini…
Tapi adakah
kita pernah terfikir yang solat kita niyh diterima Allah atau tidak
sebenarnya???
Hmmm…Aisya
selalu terfikir, berdoa & memohon kepada Allah S.W.T agar menerima solat
Aisya dengan markah 100% atau markah paling tinggi dalam penilaian Allah...
Jadi,
Aisya sedaya upaya untuk dapatkan markah tertinggi solat Aisya dengan buat yang
terbaik seperti:
1.
Mengambil wuduk dengan sempurna
2. Solat pada
awal waktu
3. Dalam solat
melakukan tomakninah iaitu berhenti
sekejap
4. Cuba elak
berfikir hal dunia semasa solat atau khusyuk
5. Ikhlas
semasa mengerjakan solat
6. Membaca dengan
kadar yang berpatutan
7. Memahami maksud
bacaan dalam solat
Dengan demikian,
Aisya rasa, Aisya dah melakukan yang terbaik dalam solat Aisya untuk dinilai kepada
Allah
Sebagai
untuk mendapat lebih penjelasan, Aisya mencari sumber yang dipercayai supaya
Aisya mengetahui tanda-tanda seseorang solatnya diterima Allah dan muhasabah
semula…
Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.
Berikut ialah
tanda-tanda solatnya diterima Allah:
1.
Orang yang rasa rendah diri
dengan kekuasaan & kebesaran Allah. Hati & jiwa nya khusyuk sebelum
melakukan ibadat kepada Allah.
2.
Orang yang tidak sombong
kepada Allah mahupun orang lain walaupun dia seorang yang kaya, berpangkat
& bijak laksana
3.
Orang yang tidak atau cuba
mengulangi maksiat kepada Allah lagi. Sering berzikir memohon keampunan atas
segala dosa-dosanya yang lalu dan berazam serta berusaha tidak akan melakukan
dosa-dosa itu lagi & menjadi lebih baik daripada sebelumnya
4. Sentiasa ingat kepada Allah walau dalam apa keadaan sekalipun, sering
berzikir dan sentiasa
ingin melakukan kebaikan terhadap Allah
& orang lain
5.
Orang yang menyayangi orang
lain terutama orang miskin & menghadapi musibah & menjaga silaturrahim
dengan orang lain dengan saling menghormati dan berkasih sayang antara satu
sama lain berlandaskan syariat
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Dengan demikian,
Aisya nak diri Aisya dan sahabat semua cuba cek balik sama ada solat kita
diterima Allah atau tidak. Memang tiada tanda yang khusus namun tanda-tanda
yang disebutkan di atas adalah diterima kerana berlandaskan hadis yang
dipercayai
Dan
sememangnya sepatutnya berlaku sebegitu. Hanya dengan solatlah yang membezakan
diri kita semua berada pada tahap yang mana
Jadi, beratkanlah
menjaga solat supaya menjadi orang yang paling dekat di sisi Allah Taala, nabi Muhammad
S.AW, bersama para rasul dan sahabat-sahabat
In shaa
Allah.
(editor: @isyah)