......

Cara Mandi Wajib yang Betul

6666

CARA-CARA MANDI WAJIB YANG BETUL


Islam merupakan agama yang amat mementingkan kesucian dan kebersihan. Oleh itu, mandi wajib seperti mandi junub ataupun mandi hadas besar merupakan antara perkara perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang ringan bagi mereka yang bergelar Islam. Hal ini kerana, apabila seseorang itu mandi wajibnya tidak sah, maka ibadat yang dilakukan olehnya itu juga turut menjadi tidak sah. Firman Allah yang bermaksud:
“…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…” (Al-Maidah: 6).
Disini jelas menunjukkan bahawa cara mandi wajib bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Rasulullah S.A.W telah memberi panduan kepada kita dalam melaksanakan mandi wajib yang betul, mudah dan tidak adanya pembaziran air semasa melaksanakan mandi wajib. Antara perkara yang mewajibkan seseorang itu untuk melaksanakan mandi wajib adalah apabila keluarnya air mani dari tubuhnya walaupun sedikit, keluarnya darah haid, nifas, dan bersetubuh antara suami isteri.

Berikut merupakan cara mandi wajib yang betul:


1. Niat ketika air sampai ke tubuh, dalam kata lain niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama pada anggota badan. Lafaz niat adalah seperti berikut:



2. Memulakan dengan membaca Bismillah


3. Membersihkan segala jenis najis dan kotoran yang berada pada anggota badan iaitu dengan mencuci tangan sebanyak 3 kali, mencuci kemaluan dan dubur dengan tangan kiri. Kemudiannya, membasuh tangan tadi sekali lagi.


4. Berwudhu’


5. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga kali dengan dimulai di bahagian kanan, kiri dan tengah kepala.  Ini berdasarkan hadith dari Aisyah R.A yang bermaksud:
“Kemudian Rasulullah S.A.W. memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudiaan mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya tiga kali dengan kedua tangannya.” (Sahih Bukhari).
Bagi wanita pula, perlulah dilepaskan ikatan rambut supaya air dapat melalui setiap helaian rambut.


6. Meratakan air ke seluruh anggota badan. Ketika mandi dahulukan anggota kanan daripada yang kiri.  


7. Akhir sekali, berwudhu’ sekiranya hendak mengerjakan solat atau semasa mandi wajib tadi menyentuh anggota badan yang membatalkan wudhu’.

Video di bawah merupakan penjelasan mengenai cara mandi wajib mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W daripada Habib Muhammad bin Abdur Rahman As-Saggaf:


 (editor:@isyah)


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..