......

9 Tempat Menarik Di Johor

6666
1. Pulau Rawa




Enam belas kilometer di luar pesisir pantai Mersing ialah Pulau Rawa. Pulau ini terkenal kerana pasir yang memutih, pokok palma yang meninggi dan terumbu karang, berta ikan berwarna neon dan hidupan marin yang eksotik. Sudah tentu aktiviti air menggamit pengunjung ke sini sambil menikmati alam semula jadi yang memukau.

Chalet kayu dibina di kawasan dusun kelapa, yang sesuai dengan reputasi pulau ini sebagai tempat terpencil, sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan bandar.


2. Taman Negara Tanjung Piai



Terletak 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru, keajaiban alam semulajadi Tanjung Piai telah diwartakan sebagai Taman Negara. Ia mempunyai kawasan paya bakau yang cantik, penting untuk pertahanan mereka, juga merupakan kawasan penting untuk memastikan kelangsungan hidup pelbagai hidupan di paya bakau. Taman ini juga melindungi tanah daripada pukulan ombak laut yang ganas.

Saksikan ikan tembakul, kera, burung-burung liar dan hidupan liar yang lain. Platform dibina di sepanjang taman untuk membenarkan pengunjung melihat pelbagai habitat yang disokong oleh paya bakau ini. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk ke sini bagi memudahkan perjalanan.


3. Sungai Lebam Wetland



Melihat kunang-kunang, atau pepijat kilat, adalah salah satu tarikan utama di kawasan Pemeliharaan Sungai Lebam Wetland. Terletak 91km dari Johor Bahru, ramai pengunjung dari negeri luar membanjiri kawasan ini bagi 'pertunjukan' kunang-kunang.

Kunang-kunang sering berkumpul di paya bakau yang luas, terutamanya di pokok Berembang. Anda perlu berdiam diri serta mengelakkan kilauan cahaya fotografi supaya tidak menakutkan mereka.

Jika malam hujan atau bulan penuh, maka kuranglah kunang-kunang di sekitar itu. Masa terbaik melihat kunang-kunang adalah 1-4 jam selepas matahari terbenam. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan lebih kepuasan. Selamat berjalan!


4. Taman Negara Pulau Kukup



JIka anda dari selatan (Johor Bahru), ikut Lebuh Jalan Skudai dan tuju ke arah Pontian/Pontian Kechil. Ikut papan tanda untuk ke Kukup. Manakala dari Kuala Lumpur/utara, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Belok ke kiri dan tuju ke Pontian/Benut. Selepas itu, ikut papan tanda ke Kukup.

Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor. Pada hari ini, Pulau Kukup merupakan rumah kepada berbilang-bilang spesis hidupan liar. Antaranya adalah monyet, ikan belacak dan babi hutan. Nikmati keindahan taman negara ini, dan selamilah ekosistem semula jadinya yang mengasyikkan!


5. Desaru



Desaru terletak 100 kilometer dari Johor Bahru, dan merupakan destinasi yang sangat popular dengan pantai yang bersih, padang golf yang hebat dan daya tarikan yang unik. Keindahan hutan semula jadi, ditambah dengan pemandangan Laut China Selatan, sudah tentu menjadikannya sebuah destinasi yang menarik serta menawan hati pelancong dari dekat dan jauh.

Walaupun ia lebih dikenali sebagai kawasan pantai dan tempat peranginan, nama lainnya adalah 'Tanah Casuarina', sebagaimana pokok-pokok ru yang kelihatan di sepanjang pantai.

Antara tarikan di Desaru termasuk Pantai Desaru, Muzium Perkampungan Nelayan di Tanjung Balau, Ladang Buah-buahan Desaru dan peluang untuk melihat kunang-kunang di Sungai Lebam.


6. DDusun Buah-buahan Desaru



Dengan lebih 100 jenis buah-buahan tropika, 10 spesis tumbuhan, zoo, kolam ikan koi dan tarikan lain, lawatan di sini menjanjikan satu pengalaman yang menarik untuk seisi keluarga. Belajar cara-cara untuk memilih buah-buahan yang baik, dan cuba rasai buah-buahan tempatan seperti nangka, limau madu, air jambu batu, durian Belanda dan durian. Anda boleh membeli buah kegemaran anda. 

Datang untuk lawatan separuh hari, atau menghabiskan waktu semalam atau dua dengan pakej yang ada. Dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Tempahan awal dalam kumpulan adalah disyorkan.

7. Pulau Sibu


Pulau Sibu ialah tempat terpencil yang menyenangkan dengan tanaman tropika yang kaya, pantai keemasan yang tiada hujungnya dan air laut membiru. Pulau ini juga terkenal kerana memiliki banyak gua laut yang terhasil daripada batu. 

Juga terdapat kemudahan untuk menyelam dasar laut, bersnorkel, meluncur angin, belayar dan mengumpan. Pelawat boleh pergi berjalan kaki meredah hutan membawa mereka ke paya bakau yang belum diusik atau melawat kelong, atau jeti, di mana ikan bilis ditangkap. 


8. Pulau Aur



Pulau di luar Mersing, bersama Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang, dikatakan antara destinasi menyelam terbaik di dalam Kawasan Taman Marin Johor. Air yang lebih dalam di sekitar kawasan ini memastikan keterlihatan yang bagus dan kepelbagaian hidupan marin. Pulau ini terkenal terutamanya dikalangan penyelam hujung minggu.

Terumbu karang utama terletak ke arah hujung selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian atas terumbu bermula kira-kira 12m dan cerun sedalam 25m, menjadikannya sesuai untuk menyelam.


9. Air Terjun Kota Tinggi



Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Ia melata ke bawah dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung.

Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah.

Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort.


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..