......

BAHAYA PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)

6666
Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai kencing tikus merupakan penyakit pembunuh senyap tanpa kita sedari. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia disebarkan melalui sejenis bakteria yang dikenali sebagai leptospira yang dibawa oleh seekor tikus.

Selain tikus, bakteria ini juga boleh dibawa dan disebarkan oleh haiwan lain seperti anjing dan serigala. Sikap masyarakat itu sendiri yang mengambil ringan mengenai sesuatu penyakit menjadi punca peningkatankematian disebabkan penyakit ini.

Kebanyakan menganggap mereka hanya mengalami demam biasa dan enggan untuk mendapatkan rawatan sehingga penyakit itu berlarutan dan apabila dibawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan, semua nya sudah terlambat.

Tanda-tanda dan gejala.

1. Batuk kering, sakit tekak, sakit sendiri, demam panas

2. Sakit kepala yang teruk

3. Badan menggigil khususnya pada awal pagi

4. Loya dan muntah

5. Mata menjadi merah

6. Curit-birit

Faktor-faktor risiko

1. Kerap melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti berkayak dan berenang.

2. Terdedah di kawasan yang terkena banjir dan air kencing tikus tercemar di dalamnya dan kemudian air tersebut termasuk ke dalam mata, terkena luka, terminum dan termasuk ke dalam hidung.

3. Sering makan di persekitaran yang kotor dan terdedah kepada haiwan seperti tikus dan anjing.

4. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti penternak, pesawah, petani, pekerja di rumah sembelihan haiwan, pekerja system pembentungan.



Pencegahan

1. Elakkan berada di kawasan air bertakung.

2. Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan.

3. Menjaga kebersihan kawasan sekeliling.

4. Tidak membiarkan tong sampah dalam keadaan tidak bertutup. Sentiasa membersihkan tempat seperti kolam renang dan pasu bunga.

5. Jika mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini, segera mendapatkan rawatan di hospital.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..