6666
Selain ahli keluarga, sahabat merupakan orang yang paling dekat dan boleh kita harapkan. Ada sesetengah perkara yang tidak sesuai
untuk kita bicangkan kepada keluarga kerana faktor-faktor seperti ahli keluarga kurang memahami, perpecahan di dalam institusi
keluarga, ataupun kekangan masa. Oleh itu, sahabat memainkan peranan yang penting untuk sentiada memberi dorongan, sokongan
mahupun nasihat. Berikut adalah 5 tips yang TinHijau kongsikan untuk pembaca.
1. Menjadi pendengar yang setia
Menjadi pendengar yang setia merupakan hal terpenting yang perlu ada bagi seorang sahabat. Memberi nasihat apabila sahabat
anda mempunyai masalah secara langsung akan melapangkan dan menenderamkan hati mereka. Luangkan lah sedikit masa
untuk mendengar masalah mahupun khabar gembira dari mereka, ini akan membuat anda berasa gembira dan dihargai.
2. Elakkan perasaan iri hati
Persahabatan akan rosak jika wujudnya perasaan negatif yang tertanam di dalam hati. Oleh itu, hindarkan diri anda dari berasa
tidak puas hati atau dengki atas kejayaan sahabat anda. Jadikan lah kejayaan sahabat anda sebagai satu motivasi untuk anda
terus memajukan diri.
3. Tidak mengukur sesuatu dari wang ringgit
Untuk menjadi sahabat yang baik dan menjadikan sebuah persahabatan tersebut ikhlas dan tulus, anda harus mengenepikan
soal wang ringgit. Jika anda lebih berkemampuan daripada sahabat anda, jangan terlalu berkira untuk menghulurkan
pertolongan kerana dari situlah pintu rezeki akan terbuka. Menolong dengan ikhlas tidak akan membuat anda miskin, bahkan
akan menambahkan lagi rezeki.
4. Berusaha membuat sahabat tersenyum
Sahabat yang baik akan berusaha sebaik mungkin untuk melihat sahabat nya tersenyum, jangan jadikan masalah yang sahabat
anda alami sebagai satu bebanan. Sebesar mana masalah yang sedang sahabat anda hadapi, berusaha lah untuk membuat
sahabat anda tersenyum kerana siapa tahu hanya anda sahaja yang tahu masalah yang sedang dihadapi.
5. Memaafkan dan meminta maaf
Buang egon yang bersarang di dalam diri dan belajar lah untuk meminta maaf kepada sahabat anda jika anda melakukan
kesalahan sama ada sengaja atau tidak, begitu juga sebaliknya. Jika anda berhasrat untuk meminta maaf, meminta maaflah
dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas supaya sahabat masih meletakkan kepercayaannya terhadap diri anda.