6666
**PETUA BERNIAGA MENGIKUT CARA
RASULULLAH S.A.W**
|
Assalamualaikum semua…
entry kali ini Aisya nak kongsikan dengan korang mengenai petua yang diamalkan
oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa Baginda menjalankan aktiviti perniagaan. Pada
hari ini, ruang dan skop perniagaan dah semakin meluas. Pergi mana-mana je
pelbagai bidang pada hari ini boleh dijadikan elemen perniagaan. Seperti
ubat-ubatan, barang kosmetik, hatta penulisan pun boleh dijadikan sebagai
elemen perniagaan. Ha macam Aisya buat sekarang nilah..buat blog pun jadi ruang
perniagaan tau.
Umumnya diketahui bahawa
aktiviti perniagaan merupakan suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan dalam
Islam. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
“Sembilan per sepuluh
rezeki itu adalah datangnya daripada perniagaan.” (HR Tirmidzi).
Seiring dengan
perkembangan teknologi sama ada dalam ruang yang berbebentuk fizikal mahupun
maya ni, tujuan perniagaan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi
mendapatkan sumber rezeki yang halal. Selain itu perniagaan juga boleh
dijadikan sebagai satu platform ibadah dalam membangunkan spiritual, mental dan
jasmani diri kita ini di muka bumi Allah.
Bagi mendapatkan kejayaan
yang diredhai dalam sesebuah aktiviti perniagaan, Aisya mencadangkan agar kita
mencontohi dan mengamalkan petua yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W dalam
menjalankan perniagaan, yang mana secara tidak langsung berlandaskan syariat
Islam. Antara petua yang diamalkan Rasulullah S.A.W adalah:
1.
Melakukan tugas dengan amanah, jujur, adil dan ikhlas
ü Dalam menjalankan sesebuah aktiviti perniagaan, sifat jujur,
adil, amanah dan ikhlas amat penting agar tugas yang dilaksanakan itu sentiasa
mendapat keberkatan. Semasa Baginda menjalankan perniagaan, sifat-sifat inilah
yang membuatkan ramai pelanggan berasa senang dan mudah melakukan urus niaga
dengan Baginda. Malahan mereka tidak pernah bersungut sedikit pun apabila
Baginda yang menguruskan hal-hal perniagaan tersebut.
2. Pemilihan lokasi yang strategik
ü Lokasi amat penting dalam menjalankan perniagaan. Walaupun
pada masa kini, pelbagai perkhidmatan seperti kurier penghantaran dijadikan
trend dalam proses jual beli. Namun, bagi perniagaan yang mempunyai mutu dan
kualiti yang besar, pemilihan lokasi yang strategik memainkan peranan yang
sangat penting.
Hal ini adalah kerana, kawasan yang menjadi tumpuan
menandakan di situlah banyak jaringan pengedaran barangan dijalankan (para
pelabur, pengimport, pegeksport dan lain-lain). Rasulullah sejak kecil lagi
telah menempatkan diri Baginda dalam kalangan para pedagang dari luar mahupun
tempatan Makkah semasa proses perniagaan dijalankan.
3. Bijak dalam berkomunikasi
Rasulullah S.A.W diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan
yang mempunyai kefasihan dalam komunikasinya dan sentiasa senyum kepada
pelanggan yang berurusan dengannya. Tutur katanya yang lembut dan benar
menjadikan Baginda sebagai orang yang dipercayai oleh Siti Khadijah untuk
mengendalikan perniagaannya sehingga membawa keuntungan yang berlipat ganda.
4. Bijak dalam membina strategi perniagaan
ü Antara strategi yang Baginda jalankan adalah promosi.
Rasulullah menyedari kepentingan promosi dalam sesebuah perniagaan, namun
Baginda tidak melebih-lebih promosi bagi memikat pembeli. Janji yang berlebih-lebih amat ditegah oleh Baginda
sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan.” (HR Muslim).
5. Penetapan harga yang berpatutan
Jika kita lihat hari ini, banyak perniagaan melaksanakan
perang harga yang melampau-lampau sehingga tidak masuk akal. Dan kadang-kala
kualiti produk tersebut tidak seberapa. Ini merupakan satu persaingan yang
tidak sihat.
ü Rasulullah S.A.W menggalakkan kita agar meletakkan harga
jualan yang sama kepada semua pelanggan dengan menekankan aspek kualiti jualan
tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W daripada Abdullah bin
Umar yang bermaksud:
“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya menjadikan Nabi
Muhammad S.A.W. sebagai contoh serta ikutan dalam semua aspek kehidupan. Petua
yang dianjurkan oleh Baginda sememangnya dapat memberi lebih banyak keberketan
dalam aktiviti perniagaan yang ingin kita ceburi. Sebagaimana Firmah Allah
dalam Al-Quran yang bermaksud:
"(Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contuh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)".
editor: @isyah