......

14 tips pesanan ibu bapa kepada anak dara yang bakal berkahwin

6666
~~~14 TIPS PESANAN IBU & BAPA KEPADA ANAK DARA YANG BAKAL BERKAHWIN ~~~



***Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah***

Syoknya nak kahwin dah minggu depan…nak bulan madu kat mana ek? X fikir lagi niyh..aduhai…rasanya semua dah cukup..hehehe (sambil nyanyi lagu ‘Yang Terindah’ nyanyian asal artis Dakmie).

Itulah gambaran ringkas sahabat baik Aisyah yang akan mendirikan rumah tangga minggu depan. Seronoknya bukan kepalang, apapun Aisyah ucap tahniah kepada kawan Aisyah tu dan semua sahabat blog yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Namun, disini apa yang Aisyah nak ‘highlightkan’ bukanlah keseronokan dalam perkahwinan itu sahaja tetapi kematangan dalam perkahwinan untuk sama-sama merasa mendapat nikmat sebuah perkahwinan dan hidup dengan pasangan yang halal.


Berikut ialah pesanan daripada ibu bapa Aisyah dan kawan Aisyah sendiri sebelum berkahwin yang disesuaikan dengan bahasa yang mudah difahami semua.
  • Percayalah bahawa perkahwinan ini adalah sememangnya jodoh yang telah ditakdirkan di luh mahfuz lagi. Terimalah dan redha dengan perkahwinan itu walau badai datang menerpa sekali sekala. Pertahankanlah hingga ke akhirnya.
  • Terima dan bersedia segala kekurangan pasangan yang tidak ditunjukkan sebelum berkahwin & setiap perkara yang berlaku jangan berfikir dan bertindak mengikut emosi (syaitan suka, dia lagi bisik-bisik pasal ini supaya ikut dia).
  • Jangan tinggikan suara kita di hadapan pasangan kita iaitu suami kita. Cuba bercakap sehabis baik dan berlemah lembut atau sopan.
  • Utamakan suami dahulu baru orang lain termasuklah berkaitan keluarga sendiri dan anak-anak.
  • Jangan sombong dan ungkit segala kebaikan yang telah dilakukan kepada suami.
  • Bersedia dengan segala karenah suami, fahaminya dan jangan cepat melatah dan merajuk.
  • Jaga makan minum, pakaian suami dan tempat tidur agar bersih dan selesa untuk tidur.
  •   Hiaslah diri dengan sopan dan menjaga penampilan diri agar sejuk mata suami memandang.
  •   Jangan banding-bandingkan suami dengan orang lain sekalipun kita merasakan orang itu lebih baik daripada suami kita.
  • Jangan buat suami rimas dengan kita, kalau dia cakap tak suka apa yang kita buat (tidak kira melalui percakapan atau perbuatan). Lebih baik kita tinggalkan melainkan perkara yang menurut perintah Allah dan Sunnah.
  •  Jangan suka bersikap menang. Ego yang menang, tiada siapa yang menang atau kalahpun. Belajarlah minta maaf pada suami dahulu walau bukan salah kita sebenarnya.
  • Tinggalkan kerja anda sekiranya di rumah, jika suami memanggil untuk melayaninya.
  • Sayangilah suami dengan ikhlas hati. Dengan rasa ikhlas setiap perbuatan kita adalah yang terbaik dilakukan.
  •   Jangan sesekali begitu mudah minta ‘cerai’ walaupun berlaku pergaduhan besar. Minta pendapat keluarga dahulu. Lagipun, bukan senang nak urus rujuk kembali balik kalau sekali suami terlepas cakap. Prosedur pun makan masa, tak pasal-pasal dapat ‘title’ janda. Dulu nak kahwin sangat kan…melainkan sekiranya terpaksa dan tak dapat di selamatkan lagi. Perkara yang boleh buat tetapi tidak disukai Allah Taala ialah penceraian. Bergegar arasy Allah (MasyaALLah). Fikirlah sejuta kali sebelum bertindak melulu.
Ok itu sahaja, semoga dapat manfaat semua, jadilah matang, in Shaa Allah, jodoh anda dapat berpanjangan hingga Jannah. Amin.

editor:@isyah


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..