......

10 tanda-tanda suami curang

6666

Suami curang????

Tanda-tanda yang isteri wajib tahu



(Sumber: rajah dipetik daripada http://baca-blogspot.blogspot.com/2013/05/kisah-benar-ketabahan-isteri-menghadapi.html)

Wow tajuk…huhu gerun kan kalau dengar. Penulis sendiri pun gerun sebab dah ada suami. Takut sangat kalau perkara sebegini terjadi kat diri sendiri. Tapi penulis nak share & story kisah sebenar tentang kawan penulis sendiri yang boleh diambil sebagai pengajaran. Selepas itu, penulis bagi tow hampa-hampa (beritahu semua), tanda-tanda yang wajib kita sebagai isteri wajib tahu dan ambil kisah pasal orang ketiga ini supaya berhati-hati.

Hari jumaat yang baru sekejap berlalu, penulis telah berjumpa dengan kawan penulis Nora (bukan nama sebenar). Penulis hairanlah sebab dia urgent sangat nak jumpa..Rupa-rupanya dia dapat tahu kata suami dia curang..menangis selak (teresak-esaklah) sambil bercerita kepada penulis. Secara ringkasnya, rupanya dah dekat setahun suami dia curang, sekarang bila dah ada rasa bersalah baru suami dia minta maaf dan cerita semua kisahnya dengan perempuan itu. Semuanya berlaku pada waktu intensif belajar kerana suaminya menyambung pelajaran jarak jauh (PJJ) di sebuah universiti tempatan di utara. Mulanya niat memang nak belajar kan…tak sangka pula bercinta dengan berjumpa semula kekasih lama masa intensif pada waktu sebulan tersebut. Bermula hanya dengan bertanya khabar, group belajar sekali, sekadar kawan keluar makan, dan akhirnya timbullah bunga-bunga cinta dengan selalu menghantar SMS, berjumpa tanpa pengetahuan pasangan masing-masing. Namun akhirnya, percintaan sebegini tak panjang sebab ada komitmen masing-masing, ada anak dan tak kemana-mana…Haa rugi masa, buang duit, hati sakit..lagi sakit hati pasangan kita. Nasib baiklah, sang suami  sedar dan masih sayangkan akan kawan saya tu, kalau tak, sama ada bercerai atau masih berbuat dosa lagi. Bodohnya manusia kan…dunia semua..hehe..(merepek pula penulis, bukan apa, geram kot).

Jadi, berdasarkan pengalaman kawan penulis itu, dan sumber-sumber daripada masyarakat umum, ada 10 tanda yang kita sebagai isteri wajib tahu supaya tidak berlaku gejala kecurangan ini. Perkara sebegini sebenarnya bukan kesalahan lelaki @ suami semata-mata. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin kan? Jika hal ini terjadi sebenarnya janganla kita letakkan 100% kesalahan pada sang suami kerana ia boleh berlaku kerana keduanya bertepuk dua belah tangan. Justeru, lebih baik kita ketahui tanda-tanda curang ini supaya dapat mengambil langkah yang positif dan selesaikan dengan baik dan bijak. Antara 10 tanda tersebut ialah:

     1) Smartphone/ telefon pintar
Trend sekarang ini, aplikasi telefon pintar terutama ada sambungan internet macam ‘facebook’, ‘twitter’, ‘we chat’, ‘what apps’, memang senang sangat nak berhubung dengan sesiapa pun. Jadi, isteri kena selidik telefon suami. Janganlah kerap, memadai hanya sekali sehari atau minta izin kata nak guna untuk telefon ibu/ayah/kawan. Kalau suami banyak memberi alasan atau kerap menyembunyikan handphonenya memang something wrong la. Terutama jika dia kerap menggunakan telefonnya dan bawa ke mana sahaja termasuk dalam tandas pun.

2) Wang
Wang atau duit yang dimaksudkan pula cepat habis. Suami kerap mengeluarkan duit di ATM atau duit dalam dompetnya cepat habis apabila keluar dari rumah.

3) Jarang berada di rumah 
Suami jarang berada di rumah. Maksud jarang adalah luar pada waktu kerja. Suami kerap kali memberi alasan mengatakan dia selalu keluar dari rumah kerana berjumpa kawanlah, klien atau sesiapa saja dan berada terlalu lama di luar berbanding di rumah. Berkemungkinan juga banyak bermalam di luar.

4) Menjaga penampilan diri
Menjaga penampilan diri termasuklah berpakaian lebih kemas daripada sebelumnya, memakai wangi-wangian. Menukar dan mengikut fesyen terbaru.

5) Berubah sikap
Dahulunya baik tetapi sekarang suka marah-marah bila bertanya banyak soalan, dan suka melenting. Kadang-kadang baik ikut ‘mood’, kadang-kadang marah. Cemas, dan berasa gelisah.

6) Menolak mengadakan hubungan kelamin
Acapkali suami menolak sekiranya diajak untuk bersama-sama tanpa alasan munasabah. Hal ini tidak berlaku sebelum itu, melainkan letih atau penat bekerja.

     7) Isyarat seseorang
Kawan-kawan atau sesiapa yang rapat dengan suami anda akan berkelakuan aneh. Tidak mesra dengan anda dan cuba menyembunyikan sesuatu.

      8) Menerima layanan yang luar biasa
Suami memberi layanan yang luar biasa yang belum pernah dilakukannya sebelum ini seperti memberikan hadiah istimewa, terlalu baik dengan isteri, sering meminta maaf dan memuji-muji isteri tanpa sebab.

 9) Menyuruh isteri bekerja atau keluar dengan kawan-kawan atau mengelakkan berjumpa dengan isteri di luar
Suami seringkali menyuruh isteri keluar untuk bekerja, keluar bersama-sama kawan, keluar sendirian tanpanya atau menyuruh balik kampung keluarganya atau mengelak berjumpa dengan isteri di luar rumah.

      10) Naluri isteri
Akhir sekali, tanda suami dikatakan curang apabila naluri seorang isteri yang mengatakan suaminya telah curang kepadanya. Memang hal ini selalu terjadi kerana ianya berkenaan soal hati.

Oleh yang demikian, 10 tanda yang disebutkan ialah sesuatu yang lazimnya berlaku apabila seorang suami itu berlaku curang. Namun, penulis berpandangan bahawa kita sebagai isteri seharusnya mengamalkan sikap percaya pada suami walau apa pun berlaku. Sekiranya wujud tanda-tanda yang disebutkan, janganlah anda bersikap ‘cemburu buta’. Selidik dahulu, dan jika benar hal curang itu terjadi, jangan pula bertindak mengikut emosi.  Maafkan suami sekiranya suami menyesali dan selesaikan dengan meletakkan agama sebagai pegangan utama. Rumah tangga mana tiada masam-masam manis kan. Akhir kata, sayangi suami anda kerana dialah syurga anda (^___^).



editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..