......

10 cara-cara menggunakan media sosial dengan bijak

6666

10 CARA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK





Cuba nilai perbualan & dialog ini…
(Versi utara, minta kawan dari Kedah, Penang, Perlis tolong translate untuk sesiapa yang kurang faham loghat utara ini dan cuba nilai diri anda pada tahap mana..hehe..just sharing ya)…

Kiah: Hang buat apa ja ari niyh???
Peah: Main fb ja..
Kiah: Amboih, hawat tak da kerja lain dah ka?
Peah: Hehe, biasalah, semua orang main facebook
Kiah: Hmmm ang wat apa ja dok fb tu
Peah: Saja..tengok fb orang, like dan komen
      status depa..
Kiah: Tuuuu ja..berapa jam ang dok ngadap?
Peah: Rasanya, dalam 6 jam, habih nak wat apa?
      boring siot waih..
Kiah: Sabitlah badan dok naik, habih apa yang ang  
          dapat? Share sat dengan aku
Peah: Uishhh, ang tak tau…ang ingat orang main fb
          tak dapat apa ka? Isu semasa laju ja dapat
          lagi cepat daripada berita kat tv tu tau
Kiah: Sohih ka?
Peah: Ada betoi ada yang tak betoi, pandai-
 pandailah. Lagipun, aku nak jadi agent
 dropship niaga  online, tu dok tengok-
 tengok tu, tapi kadang  ralit benda lain,
 jadi hilang arah  tujuan…haha
Kiah: Hmmm kira baguih gak la noh fb kan, aka da
      Fb tapi jarang tengok, rasa rugi gak tak
      ambil tow  media popular ini, cuma kena
      bijak sikit guna  cara yang betoi, baguih
      gak tujuan ang tu nak  niaga online. Cuma
      kena disiplin diri sikit
Peah: Sungguh kata ang, fb ini memang ada buruk
      baik,  Kena guna dengan bijak lah..
Kiah: Betoi..


Jadi, melalui perbualan tersebut terdapat cara-cara menggunakan media sosial terutama facebook dengan bijak. Ada 10 langkah:


1. Jangan friend orang ikut sesuka hati. Kalau boleh add atau approve orang yang dikenali sahaja.


2. Jangan letakkan ‘profile picture’ yang boleh menimbulkan kontroversi. Sekadar gambar yang sopan dan bersesuaian.


3.   Jangan terlalu kerap ‘update status’.Banyak buang masa dekat situ.


4. Jangan up status yang menimbulkan isu-isu sensitif serta menimbulkan kemarahan banyak pihak.


5. Jangan upload gambar atau video yang tidak senonoh, terlalu seksi sebab boleh mengundang bahaya pada kita


6. Jangan kerap stalk fb seseorang boleh menyebabkan masalah emosi


7. Jangan terlalu percaya maklumat daripada media sosial seperti facebook, what apps, we chat, line atau sebagainya. Dapatkan sumber yang sahih daripada badan yang bertanggungjawab  


8.    Jangan share@berkongsi semua maklumat peribadi dalam media sosial seperti no telefon, kad pengenalan mahupun nama sebenar


9. Jangan jadi bodoh kerana hendak popular. Dah ramai sangat jadi macam ini, faham-faham sendirilah


10.    Jadikan media sosial sebagai platform untuk dapat manfaat balik. Contoh buat bisnes online, kongsi maklumat berguna untuk saham akhirat


Ringkasnya, jadilah pengguna media sosial yang bijak. Benda free ini kadang-kadang boleh jadi untung dan rugi. Apapun, yang penting kena jadi bijak ya.


  editor:@isyah  


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..