......

7 tips anak bijak dalam kandungan

6666

NAK ANAK BIJAK??? IANYA BERMULA 
DARI DALAM KANDUNGAN IBUNYA LAGI…




Setiap ibu bapa di dunia mempunyai harapan yang tinggi kepada anak-anaknya. Mana ibu bapa yang nak anaknya bodoh kan? Malah ada sesetengah ibu bapa yang berharap pada waktu bayi lagi mereka meletakkan kerjaya anak mereka yang bagus seperti:


i)                 ….Satu hari nanti ayah nak aisyah jadi DOKTOR ya…
ii)         ….umi sayang Zaim sangat2..jangan nakal-nakal ya..umi nak  anak umi jadi  orang BERGUNA pada agama, bangsa dan negara…
iii)              …satu hari nanti aku nak anak aku jadi CIKGU…

Dan macam-macam lagi. Tiada satu pun yang nak anak mereka jadi bodoh atau tiada kerjaya dan matlamat hidup yang baik. Semuanya nak anak yang bagus-bagus dan hebat-hebat belaka. Tidak kurang juga yang mahu anak yang baik, patuh kepada mereka dan solehah/solehah. Oleh itu, terdapat TUJUH tips atau langkah-langkah yang penulis dapatkan daripada sumber yang boleh dipercayai tentang mendapatkan anak yang bijak semasa ibu mengandung iaitu:

     1)   Banyakkan beramal/ibadat
Amalan atau ibadat yang disebutkan disini ialah amalan agama kita. Bagi orang Islam, ibu bapa perlu menunaikan yang wajib dan banyakkan beramal yang baik dan bermanfaat termasuklah seperti membaca Al-quran atau banyak mendengar ayat-ayat Al-Quran, banyak berdoa kepada tuhan agar mendapat anak yang bijak, dan bersedekah. Ringkasnya, melakukan ‘amar maaruf nahi munkar’.

     2)   Pemakanan sunnah dan halal
Banyakkan makan makanan Sunnah terutama ibu yang mengandungkan anak seperti buah kurma atau tamar, kismis dan madu. Boleh juga mengambil pemakanan yang lain yang halal, seimbang dan bagus untuk bayi dalam kandungan seperti supplement atau multivamin dengan nasihat doktor, susu, telur, halia, buah delima, kacang badam atau almond dan makanan yang banyak protein seperti ikan.

3) Banyakkan sentuhan
Ibu bapa seharusnya membelai anak waktu dalam kandungan lagi. Maksudnya banyak mengusap perut ibu, berbicara dengan bayi dalam kandungan. Hubungan ini boleh menyebabkan bayi mengenali ibu bapa mereka dalam kandungan lagi melalui sentuhan dan suara mereka.

 4) Emosi stabil 
Emosi ibu atau bapa bayi mestilah sentiasa terkawal dan stabil. Gangguan emosi ibu mahupun bapa boleh menjejaskan IQ anak dalam masa kandungan lagi. Emosi penting untuk kesejahteraan ibu bapa dan anak. Elakkan perasaan yang negatif seperti marah, sedih, berburuk sangka dan terlalu berasa rendah diri.


5) Kemahiran dan pengetahuan baru ibu bapa 
Kemahiran dan pengetahuan baru ini perlu dilakukan lebih banyak kepada ibu yang mengandung berbanding bapa. Hal ini melatih bayi sendiri kerana merangsang otak bayi untuk berfikir bersama-sama dengan ibunya. Contohnya, ibu belajar bahasa baru atau asing, ibu banyak menyelesaikan masalah matematik, belajar bermain piano dan belajar perkara-perkara baru dan bermanfaat.

6) Muzik 
Banyak sumber yang mengatakan muzik atau bunyi-bunyian dapat merangsang otak bayi menjadi lebih cerdas. Hal ini boleh dilakukan ketika ibu sedang berehat. Muzik pula adalah yang tenang, harmoni dan bukan jenis yang heavy dan bising melampau-lampau.
  

7) Nama yang baik
Lazimnya, ibu bapa akan menyediakan nama bayi mereka lebih awal lagi sewaktu dalam kandungan. Nama yang baik juga menjana otak bayi menjadi lebih baik dan bijak. Antara nama-nama orang Islam yang baik ialah Muhamad Loqman Hakim, Sumaiyah dan banyak lagi.


Oleh yang demikian, tips yang diberikan penulis adalah langkah yang banyak dilakukan oleh para ibu bapa yang mempunyai anak yang bijak mahupun yang soleh atau solehah. Namun, tips yang sering dilakukan banyak hanya dilakukan ibu sahaja sedangkan tips tersebut juga perlu untuk bapa bayi juga lakukan. Oleh itu ibu mahupun bapa perlu mengamalkan tips-tips tersebut secara bersama-sama. Walaubagaimanapun, sifat keterbukaan menerima dan redha dengan pemberian Allah adalah penting. Macam mana bayi yang lahir nanti ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai, hasil daripada perlakuan ibu bapanya juga. Akhir kata, jadilah ibu bapa yang baik dan bijak, In shaa Allah anak atau bayi kita juga turut mengikuti kita. Ibarat kata peribahasa Melayu ‘bapa borek anak rintik’.


editor: @aisyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..