......

7 CARA MENGHILANGKAN MIGRAIN DENGAN CEPAT.

6666


Migrain merupakan satu gejala atau penyakit kepala yang kronik. Selain stress dan tertekan,

faktor genetik juga merupakan salah satu punca terjadinya migrain. Selalunya, pesakit tidak akan

dapat fokus untuk melakukan rutin harian mereka seperti bekerja, belajar, bahkan makan dan

minum. Ketahui 6 cara menghilangkan migrain dengan cepat bersama TinHijau.


1. MINUM AIR PUTIH SECARA KONSISTEN.

Pastikan anda meminum air putih 1-2 (atau lebih) liter sehari. Apabila kita kekurangan air

di dalam tubuh, tubuh kita akan terhidrasi dan jaringan otak akan menjadi lemah. Maka

pentingnya untuk mengambil air putih yang secukupnya.


2. RENDAM TANGAN/KAKI KE DALAM BEKAS AIS.

Caranya isikan balang dengan ais batu dan air, lalu rendamkan kedua-dua belah tangan

anda selama yang boleh sambil mengurut perlahan tapak tangan atau kaki anda. Anda

juga boleh rendamkan selama beberapa minit, keluarkan tangan dan rehatkan sebentar

untuk mengelakkan tangan atau kaki anda kebas.


3. KAFEIN.

Menghidu bau serbuk kopi adalah cara yang juga berkesan. Bagi yang mengalami

masalah migrain akibat daripada keadaan persekitaran seperti terhidu bau minyak wangi,

durian, asap rokok, dan lain-lain. Cara ini berkesan untuk anda praktikkan kerana aroma

kopi dapat menenangkan minda dan bertindak sebagai anti-stress.


4. BILIK GELAP.

Masuk ke dalam bilik tidur anda dan matikan semua pencahayaan seperti lampu siling,

lampu meja dan baring dengan tenang dan kosongkan fikiran. Terdedah kepada cahaya

yang berlebihan mendatangkan sakit kepala.


5. MENDENGAR MUZIK LEMBUT.

Tenangkan diri dengan mendengar instrument-instrumen seperti piano, vialin dan gitar

untuk menenangkan jiwa anda dan jika migrain kerana faktor stress, ia akan membantu

untuk meredakan rasa marah atau stress tersebut.


6. SUPLEMENT ZAT BESI.

Anemia merupakan penyakit kurang darah yang boleh menyebabkan migrain. Jika anda

mengalami migrain diikuti dengan gejala letih dan lesu, anda boleh mengambil suplemen

yang sesuai dan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati ayam dan

sayuran hijau.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..