6666
Seseorang pernah berkata, "Apabila jantung sihat, seluruh badan sihat."
Secara literal, kita boleh menjadikan kata-kata diatas sebagai inspirasi untuk menjalani hidup yang sihat. Begitu mudah dewasa ini kita tewas dengan gaya hidup yang tidak sihat baik dari segi pemakanan, pekerjaan, keluarga dan kehidupan sosial yang lain.
Anda trlampau sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk bersenam. Anda sering mengabaikan nutrisi sihat anda saban hari dan sedikit pun tak sedar mengenainya. Anda terlalu letih menguruskan anak-anak, kemas rumah dan sebagainya sehingga mengalami tekanan dan murung.
Sebagai contoh, ayah saudara saya yang selama ini sihat dan sedikit pun tidak menujukkan beliau sakit, akhirnya rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung. Begitu serangan jantung ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa kita sedari yang kita juga cenderung untuk dapatkannya! Disini saya kongsikan Tanda-Tanda Sakit Jantung
Jadi, segeralah bertindak untuk 'slow down' hidup anda jika tanda-tanda ini mula menyelubungi anda!
1. Selalu Letih
Jika
Anda kerap merasa letih meskipun dalam kondisi yang rehat, segera rujuk ke doktor.
Jika disertakan dengan gejala lain, ini mungkin faktor pemicu kepada masalah
jantung. Rasa penat ini juga sering dirasakan saat bangun tidur walaupun
mendapat rehat yang cukup.
2. Sering Berpeluh
Kebiasaannya
seseorang berpeluh usai berolahraga atau cuaca panas. Namun jika anda mudah
berpeluh meski tidak melakukan apapun, kemungkinan ia berkaitan dengan jantung
anda.
3. Loya Berlebihan
Gejala
awal gangguan jantung ditandai dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini
menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebihan.
4. Merasa Cemas dan Tegang
Ramai
yang percaya sakit jantung yang dalami disebabkan tekanan berlebihan dan
berterusan. Mereka yang pernah mengalami
serangan jantung sering merasa tegang, ketakutan, atau cemas dengan sakit yang
dihidapi. Hal ini dikaitkan dengan faktor psikologi dan stress yang menyebabkan
serangan lebih kerap terjadi. Mereka mengalami trauma dan dibayangi dengan
kematian yang akan datang bila-bila masa.
5. Sakit pada bahagian tubuh
Rasa
nyeri menjadi petanda kuat penyakit jantung. Bagi lelaki, rasa sakit dirasakan
di bahagian lengan kiri, sementara wanita pula mengalami rasa sakit di kedua
lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, punggung
siku, dan leher. Sakit di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan kerana
terjadi arteri tersumbat.
6. Rasa berat di dada
Ini
merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan
sakit di bahagian dada karena penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah
ke seluruh tubuh menjadikan proses tidak lancar.
7. Sakit kepala
Mereka
yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala apabila terkena
pancaran cahaya. Ini berkait pada denyut jantung, sama ada berdenyut lebih
lambat atau lebih cepat.
Terutama
pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan visual, setidaknya dua
kali dalam sebulan, perlu waspada. Khuatir kemungkinan merupakan gejala penyakit
jantung. Menurut kajian yang diterbitkan American Academy of Neurology, hal ini
terjadi kerana masalah pengaliran darah dalam badan menyebabkan sakit kepala
yang teruk.
8. Denyut jantung tak teratur
Jika
Anda mengalami denyut jantung tak teratur, anda perlu waspada dikhuatiri anda
akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Denyut jantung tak teratur
umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada injap jantung. Hal ini
menyebabkan terjadi penyempitan pada injap sehingga menyebabkan kebocoran.
9. Sesak nafas
Sesak
nafas disebabkan penebalan pembuluh darah yang membekalkan darah ke seluruh tubuh.
Ini juga berpunca dari denyut jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati
atau jangkitan, penebalan otot jantung, serta kelainan pada injap jantung.
10. Pembengkakan Kaki dan Perut
Pembengkakan
terjadi ketika cairan terkumpul di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian
pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang
mengalami kecacatan serta masalah pada injap jantung.