6666
1. Tumpukan Sepenuh perhatian bila anak bercakap.
Seperti
kita yang telah dewasa, kita akan rasa lebih dihargai apabila orang lain
mendengar dan memahami apa kita cakap. Seperti kanak-kanak, mereka rasa istimewa
jika kita memberi peluang dan keutamaan pada mereka untuk meluahkan rasa, berkongsi
pendapat dan ada tempat untuk bercakap ketika sunyi.
Apa
yang penting kita memahami dan tidak mengganggu semasa mereka bercakap supaya
mereka rasa tidak diketepikan.
2. Beritahu anak bila gilirannya bercakap.
Giliran
bercakap sangat penting kerana tidak ada orang yang bercakap serentak. Kalau
hal itu berlaku maknanya anda bergaduh dengan anak anda. Biasakan ajar anak
anda untuk bercakap selepas anda bercakap atau sebelum anda bercakap. Komunikasi
yang berkesan apabila mesej seseorang sampat kepada yang lain tanpa sebarang
gangguan.
3. Mimik muka, bahasa badan dan isyarat tangan.
Siapa
kata bahasa badan tak penting! Boleh jadi hanya kerana mimik muka anda yang
menjengkelkan itu mampu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Bahasa badan
adalah bahasa secara tak langsung yang boleh menyampaikan maklumat dalam
keadaan tertentu.
Menongkat
dagu ketika anak sedang bercakap memberi dua makna, sama ada anda bosan atau
anda khusyuk mendengar anak anda bercakap.
4. Beri ruang untuk anak bercakap secara bebas.
Bebas
disini bukanlah bermaksud anda biarkan anak anda bercakap secara membuta tuli,
mencarut dan berkata yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, ruang untuk memberikan
pendapat dan ideanya tentang suatu perkara. Anak anda akan lebih bijak dan
berani kerana ada orang lain yang mendengar apa yang dia cakap, rasa lebih berkeyakinan
dan motivsi yang tinggi daripada yang selaludimarahi dan disekat kebebasannya.
Sebaiknya,
jika anda rasa ada kesalahan dengan perkara yang disampaikan, tegur dengan berhemah
dan betulkan kesilapan itu agar dia tak lakukan d kemudian hari.
5. Bercakap dengan anak-anak secara teratur.
Ada
juga ibu bapa yang selalu bercakap tergesa-gesa, maklumat tidak lengkap dan mngharapkan
anaknya faham dengan apa disampaikan. Sebenarnya cara anda akan menimbulkan
salah faham dan pertanyaan yang berulang.
Anda
perlu bercakap dengan tenang dan tidak menekan suara anda. Ketenangan anda
memberi reaksi yang baik oleh anak dan seterusnya anak-anak boleh mengikutinya
tanpa banyak soal jika ianya satu arahan.
6. Refleksi diri.
Anda
adalah cerminan kepada anak-anak anda. Jika anda bercakap dengan cara sopan dan
lemah lembut, mereka juga terdorong untuk berbuat demikian. Anak-anak adalah
kain putih kita lah yang mencorakkannya sama ada baik atau buruk.
7. Ikhlas menerima anak seadanya.
Walaupun
terdapat kelemahan pada anak kita, mereka itulah pewaris generasi kita akan datang.
Jangan kerana anak kita tidak seperti apayang kita harapkan kita mula berubah
perangai dan cakap perkara yang mengguris hati mereka. Jangan biasakan
mengherdik mereka atau sentisa meninggikan suara, kelak mereka akan berbuat
perkara yang sama. Komunikasi sangat penting. Kebanyakan masalah besar dalam
rumah tangga atau keluarga berpunca dari komunikasi!