6666

Solat Witir adalah solat
sunat yang dilaksanakan antara waktu insyak hingga waktu solat Subuh. Witir
berasal kata (وِتْرٌ ) bererti ‘Ganjil’ atau tidak genap,
kerana itu solat witir harus dilakukan dengan jumlah raka’at ganjil iaitu 1
raka’at, 3, 5, 7, 9 sampai 11 raka’at.
Rakaat paling sedikit
ialah 1 rakaat dan paling banyak 11 rakaat. Hukum solat witir adalah sunat
mu'akkad. Solat witir ini sangat dianjurkan untuk dikerjakan setiap malam
sebelum tidur selepas solat Isyak atau setelah solat tahajud, walaupun hanya 1
rakaat. Solat ini selalu dikerjakan oleh Rasulullah SAW semasa hidupnya. Cara
pelaksanaannya tidak dianjurkan dilaksanakan secara berjema’ah kecuali witir
pada pertengahan Ramadhan yang dilakukan selepas solat tarawih.
Sesuai anjuran nabi
sebaiknya witir dilakukan setelah solat Isyak jika khuatir tak mampu untuk
bangun tengah malam, tapi jika dipastikan akan bangun malam, maka sebaiknya
dilakukan setelah solat tahajud sebagai penutup solat malam dan merupakan waktu
paling utama.
Rasulullah SAW bersabda:
“Akhirilah solat malammu
itu dengan solat witir.”
(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim r.a.)
DALIL
DISYARIATKAN
Solat Witir merupakan
solat yang diutamakan oleh Rasulullah SAW sehinggakan baginda tidak pernah
meninggalkan perlaksanaannya walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang
menunjukkan sabitnya anjuran untuk mengerjakan solat witir ini begitu banyak.
Di
antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam
hari.
(Hadis riwayat Imam
al-Bukhari)
Rasulullah
SAW juga menekankan perlaksanaan solat witir ini sebagaimana pesanannya kepada
Abu Darda’ r.a yang berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku
tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku;
berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan
tidak tidur sebelum mengerjakan solat witir.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Allah
SWT amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali r.a
berkata Rasulullah SAW bersabda:
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.
Maksudnya:
Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan
al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu
ganjil dan mencintai yang ganjil.
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
Cara
Dirikan Solat Witir
1. Lafaz niatnya
pada setiap dua rakaat pertama:
Sahaja aku solat sunat Witir dua raka’at,
kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas
Fatihah:
Raka’at pertama: Surah
Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah
Al-Kafiruun
.
3. Sesudah salam,
terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4. Lafaz niat pada
satu rakaat terakhir:
Sahaja aku solat sunat Witir satu
raka’at, kerana Allah Ta’ala.
5. Selepas
Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu
:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq
c) An-Naas.
.