......

7 tanda-tanda demam denggi

6666


DEMAM DENGGI!!! KETAHUI TANDA-

TANDANYA


Menjelang tahun 2020, dapat dilihat bahawa penyakit demam denggi atau lebih dikenali sebagai ‘breakbone fever’ semakin menjadi-jadi menyerang penduduk dunia termasuklah negara kita, Malaysia. Berdasarkan rajah dibawah, maklumat terkini kes denggi yang dikumpul bermula 4 Januari 2015 hingga 19 Ogos 2015 di Malaysia ialah sebanyak 77,214 kes. Jumlah ini menunjukkan penyakit ini semakin merebak dan sangat serius kerana ia boleh membawa MAUT.

Rajah: Maklumat Kes Denggi Terkini Terkumpul dari 4 Januari 2015 hingga 19 Ogos 2015.



(Sumber: dipetik dan diambil daripadahttp://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php).

Berdasarkan rajah yang ditunjukkan di atas, negeri paling banyak menerima aduan kes denggi sama ada harian atau kes terkumpul secara puratanya ialah negeri Selangor diikuti, Johor, Perak dan Kuala Lumpur.
            Oleh yang demikian, sekiranya gejala ini tidak dirawat ia boleh membunuh hanya dengan gigitan seekor nyamuk yang dikenali sebagai AEDES. Penulis juga berpandangan bahawa penyakit ini lebih baik dicegah dahulu daripada merawatnya. Ibarat pepatah orang Inggeris ‘prevention is better than cure’. Selain itu, menjadi tanggungjawab kita untuk diri sendiri, masyarakat dan agama untuk mengetahi tanda-tanda demam denggi untuk mengambil tindakan awal dahulu sekiranya berlaku. Disini ada tujuh tanda-tanda utama atau simptom-simptom yang digariskan oleh penulis sendiri berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai terutama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya:

       1)  DEMAM
Selepas digigit nyamuk, dalam 3 atau hingga 14 hari selepas itu seseorang itu yang dikatakan terkena demam denggi, akan tiba-tiba demam kuat secara mengejut. Demam ini boleh mencapai suhu yang tinggi iaitu hingga  boleh mencecah hingga 41 darjah celcius (C). Demam ini juga akan berpanjangan antara 2 hingga 7 hari. Sawan pula boleh terjadi kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. 

       2) SAKIT OTOT DAN SENDI
Simptom yang lain dapat dirasai oleh mereka yang terkena demam denggi ialah sakit pada bahagian otot-otot, sendi-sendi dan juga bahagian tulang. Ia boleh terjadi pada bahagian belakang badan pesakit atau sakit pinggang.

       3) SAKIT KEPALA DAN BIJI MATA
Sakit kepala dan sakit pada bahagian biji atau belakang bebola mata juga adalah tanda-tanda orang yang terkena penyakit demam denggi. Sakit kepala yang dirasai oleh pesakit demam denggi juga adalah bukan secara biasa tetapi sangat teruk atau kuat seperti migraine.

      4)   RUAM
Individu yang mempunyai simptom demam denggi juga akan berasa gatal-gatal dibahagian kulit luar badan manusia. Ia dikenali sebagai penyakit ruam, berwarna kemerah-merahan dan terang. Boleh berlaku pada keseluruhan kulit diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang asal atau juga dikenali sebagai (island of white in a sea of red).

      5)  HILANG SELERA MAKAN DAN SAKIT PADA BAHAGIAN PERUT
Tanda kelima yang kita boleh lihat kepada individu yang terkena gejala demam denggi ialah, seseorang itu akan hilang selera makan, terasa loya dan muntah-muntah. Ia juga menyebabkan sakit pada bahagian perut dan boleh berlakunya gastritis dan cirit birit.

     6)   PENDARAHAN PADA BAHAGIAN BADAN, HIDUNG DAN MULUT
Pendarahan juga boleh berlaku bagi seseorang yang terkena demam denggi terutama dikawasan bawah kulit, hidung dan gusi. Ia berlaku pada waktu kemuncak berakhirnya demam. Pada peringkat ini juga pesakit terdedah kepada risiko renjatan dan pendarahan usus.

      7) TANDA-TANDA LAIN
Antara tanda-tanda lain yang berlaku kepada individu yang terkena demam denggi ialah radang hati, radang otak (boleh terjadi kepada kanak-kanak), dan juga radang otot jantung (cardiomyopathy).

Secara ringkasnya, melihat kepada tanda-tanda demam denggi juga menunjukkan kesan-kesan yang buruk pada kesihatan manusia. Kesan yang paling buruk dapat dilihat ia boleh membawa maut kepada kita. Kajian penulis serta umum juga mengetahui bahawa penyakit ini tiada ubat yang khusus. Oleh itu, kita seharusnya menjaga kesihatan diri kita khususnya demam denggi daripada berlaku. Pautan atau link dibawah juga dapat menunjukkan kenyataan akhbar tentang gejala demam denggi dan kes-kes yang berlaku pada tahun 2014.



editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..