6666
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Sebagaimana kita
ketahui, dalam agama Islam terdapat 124,000 nabi, iaitu utusan Allah SWT yang
diberi wahyu tapi hanya untuk dirinya sendiri. Sedangkan utusan Allah SWT yang
diturunkan kepadanya wahyu dan diperintahkan oleh Allah untuk disebarkan ke
orang lain disebut rasul yang jumlahnya ada 313 orang.
Dalam ayat di atas dijelaskan, bahwa
rasul-rasul yang pernah diutus oleh Allah SWT adalah mereka dari golongan
laki-laki, tidak pernah ada rasul berjenis kelamin perempuan, dan jumlah rasul
yang diutus sebelum Nabi Muhammad SAW sebenarnya sangat banyak. Di antara para
rasul itu ada yang diceritakan kisahnya di dalam Al-Quran dan ada yang tidak.
عَنْ أَبِى ذَر قَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ كَمْ عِدَّةُ اْلاَنْبِيَاءِ ؟ قَالَ : مِائَةُ اَلْفٍ وَاَرْبَعَةٌ وَعِشْرُوْنَ اَلْفًااَلرُّسُلُ مِنْ ذَالِكَ ثَلاَثَةُ
مِائَةٍ وَخَمْسَةَ عَشَرَ جَمًّا غَفِيْرًا (رَوَاهُ أَحْمَد)
"Dari Abu Dzar ia berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah : Berapa jumlah para nabi? Beliau menjawab: Jumlah para Nabi sebanyak 124,000 orang dan di antara mereka yang termasuk rasul sebanyak 315 orang suatu jumlah yang besar."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Semua rasul disebut
nabi, tetapi tidak semua nabi dapat disebut rasul. Sebagai umat Islam, kita
diwajibkan untuk mengetahui 25 nabi dan rasul diantara ramai-ramai itu.
Diantara 25 rasul tersebut, 5 orang adalah rasul Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah
gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi dan istimewa
kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam.
Nabi dan rasul semua
adalah lelaki merdeka dan bukan budak. Tidak ada seorang nabi pun dari kalangan
wanita. Allah SWT berfirman maksudnya;
“Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu
(Muhammad) melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka
tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahui.”
(al-Anbiya: 7)
Dalam ayat yang
lain, Allah Subhanahu wata’ala berfirman,
“Kami tidak mengutus
sebelum kamu, kecuali orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di
antara penduduk negeri.”
(Yusuf: 109)
Nabi dan Rasul
mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil iaitu:
1. Siddiq (benar),
Mustahil Kizib (dusta).
2. Amanah (dapat dipercaya),
mustahil Khianat.
3. Tabliqh
(Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).
4. Fathonah (Cerdik),
Mustahil Jahlun (Bodoh).
Berikut ini nama-nama Rasul Allah SWT sebagai
tambahan ilmu yang bermanfa’at atau barang kali kita dapat menggunakan salah
satu nama dari para rasul tersebut untuk anak kita yang bakal lahir nanti.
1. Adam A.S
2. Idris A.S
3. Nuh A.S
4. Hud A.S
5. Soleh A.S
6. Ibrahim A.S
7. Luth A.S
8. Ismail A.S
9. Ishaq A.S
10. Ya'kub A.S
11. Yusuf A.S
12. Aiyub A.S
13. Syuaib A.S
14. Musa A.S
15. Harun A.S
16. Zulkifli A.S
17. Daud A.S
18. Sulaiman A.S
19. Ilyas A.S
20. Ilyasa’ A.S
21. Yunus A.S
22. Zakariya A.S
23. Yahya A.S
24. Isa A.S
25. Muhammad S.A.W