......

7 Cara Berkesan Apabila Bercakap Dengan Anak.

6666




1. Tumpukan Sepenuh perhatian bila anak bercakap.

Seperti kita yang telah dewasa, kita akan rasa lebih dihargai apabila orang lain mendengar dan memahami apa kita cakap. Seperti kanak-kanak, mereka rasa istimewa jika kita memberi peluang dan keutamaan pada mereka untuk meluahkan rasa, berkongsi pendapat dan ada tempat untuk bercakap ketika sunyi.
Apa yang penting kita memahami dan tidak mengganggu semasa mereka bercakap supaya mereka rasa tidak diketepikan.


2. Beritahu anak bila gilirannya bercakap.

Giliran bercakap sangat penting kerana tidak ada orang yang bercakap serentak. Kalau hal itu berlaku maknanya anda bergaduh dengan anak anda. Biasakan ajar anak anda untuk bercakap selepas anda bercakap atau sebelum anda bercakap. Komunikasi yang berkesan apabila mesej seseorang sampat kepada yang lain tanpa sebarang gangguan.





3. Mimik muka, bahasa badan dan isyarat tangan.

Siapa kata bahasa badan tak penting! Boleh jadi hanya kerana mimik muka anda yang menjengkelkan itu mampu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Bahasa badan adalah bahasa secara tak langsung yang boleh menyampaikan maklumat dalam keadaan tertentu.

Menongkat dagu ketika anak sedang bercakap memberi dua makna, sama ada anda bosan atau anda khusyuk mendengar anak anda bercakap.


4. Beri ruang untuk anak bercakap secara bebas.

Bebas disini bukanlah bermaksud anda biarkan anak anda bercakap secara membuta tuli, mencarut dan berkata yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, ruang untuk memberikan pendapat dan ideanya tentang suatu perkara. Anak anda akan lebih bijak dan berani kerana ada orang lain yang mendengar apa yang dia cakap, rasa lebih berkeyakinan dan motivsi yang tinggi daripada yang selaludimarahi dan disekat kebebasannya.

Sebaiknya, jika anda rasa ada kesalahan dengan perkara yang disampaikan, tegur dengan berhemah dan betulkan kesilapan itu agar dia tak lakukan d kemudian hari.


5. Bercakap dengan anak-anak secara teratur.

Ada juga ibu bapa yang selalu bercakap tergesa-gesa, maklumat tidak lengkap dan mngharapkan anaknya faham dengan apa disampaikan. Sebenarnya cara anda akan menimbulkan salah faham dan pertanyaan yang berulang.

Anda perlu bercakap dengan tenang dan tidak menekan suara anda. Ketenangan anda memberi reaksi yang baik oleh anak dan seterusnya anak-anak boleh mengikutinya tanpa banyak soal jika ianya satu arahan.







6. Refleksi diri.

Anda adalah cerminan kepada anak-anak anda. Jika anda bercakap dengan cara sopan dan lemah lembut, mereka juga terdorong untuk berbuat demikian. Anak-anak adalah kain putih kita lah yang mencorakkannya sama ada baik atau buruk.


7. Ikhlas menerima anak seadanya.


Walaupun terdapat kelemahan pada anak kita, mereka itulah pewaris generasi kita akan datang. Jangan kerana anak kita tidak seperti apayang kita harapkan kita mula berubah perangai dan cakap perkara yang mengguris hati mereka. Jangan biasakan mengherdik mereka atau sentisa meninggikan suara, kelak mereka akan berbuat perkara yang sama. Komunikasi sangat penting. Kebanyakan masalah besar dalam rumah tangga atau keluarga berpunca dari komunikasi!   

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..