......

Cara-Cara Mengecilkan Pungung Yang Lebar & Besar

6666



CARA-CARA MENGECILKAN PUNGUNG YANG LEBAR DAN BESAR


 Hehe…tajuknya…hmm..oklah berkaitan dengan tajuk, penulis atau Aisya sendiri berfikir adakah salah mempunyai punggung yang agak lebar dan besar bukanlah terlalu besar tetapi sedang-sedanglah kan? Bagi Aisya, seorang perempuan elok mempunyai punggung yang besar dan lebar sedikit, ada jugak orang kata mudah beranak dan ada lagi keistimewaan yang tersendiri yang kita sendiri  belum tahu tentang kelebihannya.

Namun demikian,  semua wanita hari ini mahu kelihatan cantik dengan menjaga penampilan, terutama untuk suami tercinta. Oleh itu, mereka ingin tubuh termasuk punggung besar mereka kurus sedikit..hehe. Tapi apakan daya  ramai yang amat berasa sukar untuk mengecilkan pungung kerana ia adalah diantara bahagian yang paling sukar untuk dikuruskan. Mengecil perut pula tidak sama dengan mengecilkan pungung, disini Aisya sekali lagi ingin berkongsi dengan semua wanita bagaimana cara hendak mengecilkan pungung. Tips dan cara ini Aisya dapatkan daripada kawan Aisya iaitu Scha.
Senaman naik tangga turun tangga di dalam rumah adalah senaman untuk kaki, asalkan ia mengeluarkan peluh dan tumpuan diberikan di bahagian kaki dan pungung ia merupakan alternatif yang baik untuk kecilkan punggung juga. 
Selain itu, untuk kecilkan punggung, senaman dalam rumah juga boleh dilakukan dengan rapatkan kaki dan mencangkung, bermula dengan berdiri sambil merapatkan kaki kemudian bengkokkan lutut untuk berada pada kedudukan mencangkung dan ulang seberapa banyak kali kerana dengan merapatkan kedua dua kaki, senaman ini akan meningkatkan tekanan pada punggung juga. 
Tendangan belakang yang memberi tumpuan pada bahagian lengan, perut, pungung dan kaki. Mulakan dgn berdiri tegak, buka sedikit kaki selebar bahu anda. Kepakkan kedua dua tangan anda, tekuk siku, letakkan di depan dada. Tendang menggunakan kaki kiri ke belakang. Kemudian, segera kembali ke posisi asal sambil melompat. Ulang ke bahagian sisi yg satu lagi. Lakukan secara bergilir-gilir. 
Tendangan dan lompat juga boleh membantu di bahagian punggung. Mulakan dengan berdiri, buka kaki selebar bahu, kepakkan kedua-dua tangan dan letakkan di sisi tubuh, kemudian, lompat sambil tendang kaki kiri lurus ke hadapan, pada masa yang sama, tinju tangan ke arah dagu, tangan kiri mengayunkan ke belakang kembali ke posisi asal semula. Lakukan secara bergilir-gilir. 
Lompat tinju juga memberi tumpuan di bahagian punggung, lengan dan bahu, berdiri dan bukakan kaki selebar bahu, tengkuk, siku, kepakkan kedua-dua belah tangan dan letakkan didepan dada, lakukan gerakan meninju dari pinggang ke arah dagu, bergantian antara tangan kanan dan kiri. Lakukan sebanyak dua kali dan melompat. Ia juga memberikan punggung sentiasa di beri sokongan. 
Ulangi langkah ini beberapa kali. Bagi hasil yang maksimum lakukan latian secara rutin tiga kali seminggu,  selangi dengan latihan pengencangan dan untuk lebih bersemangat menjerit kecil sambil anda melompat. 

Akhirnya, lakukan aktiviti dan amalkan juga rajin berdiri dan kurangkan duduk pada satu tempoh masa yang  lama.

(editor: @isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..