......

10 Tips Berkesan Mengajar Anak Membaca. Mulakan Hari Ini!

6666




1- MULAKAN MINAT MEMBACA DARI AWAL

Anak-anak patut diperkenalkan kepada buku-buku dari sejak lahir lagi. "Bukan ke usia tu terlalu awal dan kalau kita bagi buku nanti dia koyak-koyakan jer! Sayang jer buku tu".

Memang ramai berpedapat demikian. Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak pada usia awal memang belum boleh membaca atau diajarkan bentuk-bentuk yang terlalu rumit seperti Huruf dan Nombor. Tetapi kanak-kanak pada usia ini lebih tertarik kepada pergerakan tangan anda dan bunyi kertas semasa anda menyelak-nyelak muka surat buku tersebut. 

Kanak-kanak juga akan merasa terhibur dan tenteram bilamana mendengar suara anda membacakan cerita kepadanya. Dan ini ditambah lagi dengan warna-warna terang yang biasanya menghiasi buku-buku kanak-kanak.

Pada peringkat awal ini memperkenalkan buku-buku bukanlah untuk mengajarnya membaca. Anda yang perlu membacakan isi kandungan buku kepada anak-anak. Biarpun dia masih belum faham apa yang anda perkatakan, bacalah dengan nada suara yang menarik dan pelbagai.



2- BERMULA DENGAN BUNYI, BUKAN HURUF

Ingin anak-anak anda cepat membaca dari seawal usia 3 tahun??? Anda perlu mulakan dengan meletakkan asas yang betul. JANGAN... ajar anak anda ABC!

Untuk pengetahuan anda... nama-nama huruf tidak memberikan apa-apa makna buat kanak-kanak. Dan mengajar mereka nama-nama huruf tidak akan membantu mereka untuk cepat membaca. Ini kerana setiap perkataan adalah dibentuk daripada gabungan BUNYI-BUNYI huruf... bukan nama huruf!

Biar anak anda bila nampak ABC hingga Z... terus sebut "aa", "beh", "ceh" hingga "zeh"... berbanding anak orang lain yang sebut nama huruf kerana bila mereka sudah mampu menguasai bunyi-bunyi huruf... mereka akan mudah membentuk perkataan hasil gabungan bunyi-bunyi yang telah mereka kuasai.



3- BELAJAR MELALUI HAFALAN

Kanak-kanak menggunakan kemampuan minda pada peringkat usianya untuk mengingati atau menghafal tanpa memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Kanak-kanak pada usia awal akan dengan mudah memberitahu kita yang daun itu hijau, gula-gula itu manis atau dengan mudah menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap didengarinya.

Cara yang paling mudah untuk mendidik melalui kaedah ini adalah dengan mengajar sesuatu secara bernyanyi. Ajarkan ABC melalui lagu, ajarkan juga Alif Ba Ta melalui lagu, atau ajarkan sifat-sifat terpuji melalui lagu. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak mengingati apa yang diajarkan.






4- BELAJAR MEMBACA BERMULA DARI BENTUK-BENTUK ASAS

Kebanyakkan ibu bapa mula memperkenalkan anak-anak kepada konsep membaca bermula dengan memperkenalkan huruf-huruf dan nombor-nombor. Memahami yang kanak-kanak agak sukar memahami konsep huruf dan nombor pada usia terlalu awal maka ramai ibu bapa beranggapan yang anak-anak hanya sesuai diajar membaca bermula dari usia 2 atau 3 tahun dan bukan pada usia yang lebih awal.

Bentuk-bentuk seperti Bulatan, Segi Tiga dan Segi Empat adalah antara bentuk-bentuk yang boleh diperkenalkan. Anda juga boleh mula memperkenalkan konsep Warna kepada anak-anak di usia awal ini.

Pengenalan kepada bentuk-bentuk asas ini akan menyediakan minda anak-anak untuk menerima bentuk-bentuk yang lebih kompleks seperti huruf dan nombor di masa hadapan. Anak-anak yang telah terdedah lebih awal dengan bentuk-bentuk asas akan lebih cepat mengenali dan memahami huruf dan nombor bilamana ia mulda diajarkan kepadanya.



5- LATIHAN BERULANG-ULANG MENINGKATKAN KEMAHIRAN

Dalam mendidik anak-anak yang masih kecil latihan dan didikan yang berulang-ulang merupakan proses yang perlu. Ini kerana otak anak-anak yang masih kecil agak terbatas dalam memproses maklumat yang diberikan kepadanya. Justeru memberikan maklumat yang sama berulang-ulang memberikan peluang kepada anak-anak untuk menambah dan seterusnya merangkaikan maklumat yang diterima menjadi sebuah informasi lengkap sebagaimana yang ingin kita sampaikan.

Contohnya, dalam mendidik anak minat membaca adakalanya perlu untuk kita membacakan sesebuah cerita itu berulang-kali seperti kisah-kisah nabi, cerita tauladan kanak-kanak dan lain-lain.







6- MERANGSANG MINDA MELALUI AKTIVITI FIZIKAL

Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak. Aktiviti seperti melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam membentuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria.



7-  TANGANI PUNCA ANAK KURANG TUMPUAN, MALAS DAN LESU

Peranan sarapan amat penting buat anak-anak kerana ia memberikan tenaga dan zat segera bagi mengembalikan fungsi badan terutamanya otak setelah berehat sepanjang malam. Tanpa nutrisi yang diperlukan, kita akan dapati anak-anak akan sukar memberikan tumpuan pada pelajaran, cepat mengantuk, keletihan dan malas.

Jadi pastikan anak-anak kita mendapatkan sarapan pagi setiap hari. Tak perlu sarapan yang berat-berat, bijirin bersama susu atau minuman koko sudah memadai. Ditambah juga dengan beberapa butir kismis atau buah kurma sebagai amalan harian untuk mencerdaskan minda.






8- BELAJAR MEMBACA KETIKA ANDA MEMBUAT AKTIVITI LAIN

Jika anak anda suka menolong anda di dapur, minta dia membantu anda membacakan senarai bahan-bahan dan arahan dalam resepi ketika anda sedang memasak. Dengan cara ini anak anda akan dapat belajar membaca dan belajar bagaimana mengikut arahan.

Kemudian tunjukkan pula kepadanya "bahan atau benda" yang disebutnya tadi seperti bawang, telur dan sebagainya. Anak anda akan dapat membentuk jalinan perkataan dan benda. Ini akan meningkatkan perbendaharan kata anak-anak dan aktiviti ini jika dilakukan berulang kali membolehkan anak anda mengenal atau mengecam bentuk perkataan dan segera mengaitkannya dengan benda yang pernah dilihat.


9- PEMBELAJARAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK

Kaedah mengajar anak-anak tidak terbatas melalui penggunaan buku, cardboard dan barangan mainan lain tapi boleh menggunakan media elektronik seperti handphone. Pilih permainan berbentuk interaktif, menarik dan mudah mengikut perkembangan anak-anak.



10- PUJIAN

Pujian sangat penting untuk memberi galakan dan semangat pada anak-anak terutamanya baru dalam proses pembelajaran. Kekalkan konsep pujian dan tak salah sekali-sekala kita hadiahkan permainan sebagai dorongan kepada anak-anak.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..