......

Wanita-wanita yang haram dikahwini

6666


KAIDAH’@ WANITA-WANITA YANG HARAM DIKAHWINI


Dengan kalimah bismillah di atas, kali ini Aisyah nak kongsi pengetahuan agama berkenaan kaidah atau wanita yang haram dikahwini berdasarkan sumber yang sahih.


Wanita yang haram dikahwini bukanlah bermaksud wanita itu jahat, tidak suci atau yang menunjukkan sesuatu tanggapan yang tidak baik tetapi wanita ini adalah golongan mahram atau kita tidak boleh mengahwininya atas sebab-sebab tertentu yang dilarang oleh agama kita iaitu Islam.


Secara ringkasnya, semua orang tahu bahawa ibu, kakak, atau adik beradik perempuan tidak boleh dikahwini. Namun ada lagi golongan yang tidak boleh dikahwini kerana melanggar tuntutan syariat.


Allah juga telah berfirman dalam surah an Nisa yang bermaksud:

Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh).  Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu( dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua orang perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalal-kan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari istri-istri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina (Q.S an Nisa’ [4]:22-24)


‘Kaidah’ atau wanita-wanita yang haram dinikahi juga dapat diringkaskan dan ditunjukkan dalam rajah berikut:






Di sini Aisyah perincikan lagi ‘kaidah’ atau wanita yang haram dinikahi mengikut nasab/keturunan yang terdiri daripada 7 golongan berdasarkan sumber yang sahih:

Ketujuh wanita yang disebutkan ini adalah haram dinikahi dengan kesepakatan seluruh para ulama. (Lihat Tafsir Ibnu Jarir athThabari 8/143, Tafsir Qurthubi 5/70, al-Umm oleh Imam Syafi'i 5/32, al-Muhalla oleh Imam Ibnu Hazm 9/520.)


 Ibu/Emak
Ibu seseorang adalah setiap wanita yang mempunyai andil dalam kelahirannya, maka termasuk kategori ibu adalah ibu yang telah melahirkannya, nenek baik dari keturunan ibu mahupun keturunan bapa, begitu pula ibu-ibu mereka hingga ke atas.


Anak perempuan
Anak perempuan seseorang adalah setiap wanita yang bernasab kepadanya baik dekat mahupun jauh. Ringkasnya adalah seseorang perempuan yang lahir disebabkan hasil benih seseorang lelaki tersebut sama ada secara sengaja atau tidak, dengan demikian, lelaki tersebut haram menikahi perempuan tersebut. Maka yang termasuk anak perempuan adalah anak kandungya, cucu perempuan baik daripada anak perempuan mahupun anak lelaki serta keturunan mereka hingga  ke bawah.


 Saudara atau adik beradik yang perempuan
Saudara perempuan ini merangkumi saudara perempuan sekandung, sebapa sahaja, mahupun seibu sahaja.


Saudara perempuan atau adik beradik perempuan sebelah bapa atau ayah
Saudara perempuan yang dimaksud di sini adalah setiap adik beradik (kakak atau adik) perempuan sebelah bapa yang dekat mahupun jauh, baik saudara perempuan bapa sekandung atau sebapa saja maupun seibu saja. Maksudnya kalau kita adalah anak perempuan ayah kita, bermaksud saudara perempuan ayah tu macam mak cik, mak lang, mak ngah, mak long dan sebaginya.


 Saudara perempuan atau adik beradik sebelah ibu atau emak
Sebagaimana saudara perempuan daripada sebelah bapa, begitu pula perempuan dari sebelah ibu, iaitu setiap saudara perempuan ibu juga ibunya (nenek) baik nenek dekat mahupun jauh, baik saudara perempuan ibu sekandung atau sebapa saja mahupun seibu sahaja.


Anak saudara perempuan lelaki (anak saudara, anak menakan, anak abang atau adik lelaki)
Yang dimaksudkan anak saudara di sini adalah semua anak perempuan saudara baik anak mereka langsung mahupun anak keturunan mereka, juga baik saudara tersebut sekandung atau seibu sahaja mahupun sebapa sahaja.

Anak saudara perempuan perempuan (anak saudara, anak menakan, anak kakak atau adik perempuan)
Semua anak perempuan saudara yang dilahirkan oleh saudara perempuan baik anak mereka langsung mahupun anak keturunan mereka, juga baik saudara tersebut sekandung atau seibu sahaja mahupun sebapa sahaja.

                                       
Semoga mendapat pengetahuan bersama. Carilah perempuan untuk dikahwini yang bukanlah daripada keturunan yang terdekat. Hal ini ada sebab tertentu agama melarang kita melakukannya. 
Wallahu A'lam.


editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..