......

PETUA BERNIAGA MENGIKUT CARA RASULULLAH S.A.W

6666
**PETUA BERNIAGA MENGIKUT CARA RASULULLAH S.A.W**

Assalamualaikum semua… entry kali ini Aisya nak kongsikan dengan korang mengenai petua yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa Baginda menjalankan aktiviti perniagaan. Pada hari ini, ruang dan skop perniagaan dah semakin meluas. Pergi mana-mana je pelbagai bidang pada hari ini boleh dijadikan elemen perniagaan. Seperti ubat-ubatan, barang kosmetik, hatta penulisan pun boleh dijadikan sebagai elemen perniagaan. Ha macam Aisya buat sekarang nilah..buat blog pun jadi ruang perniagaan tau.


Umumnya diketahui bahawa aktiviti perniagaan merupakan suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan dalam Islam. Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
“Sembilan per sepuluh rezeki itu adalah datangnya daripada perniagaan.” (HR Tirmidzi).

Seiring dengan perkembangan teknologi sama ada dalam ruang yang berbebentuk fizikal mahupun maya ni, tujuan perniagaan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan sumber rezeki yang halal. Selain itu perniagaan juga boleh dijadikan sebagai satu platform ibadah dalam membangunkan spiritual, mental dan jasmani diri kita ini di muka bumi Allah.

Bagi mendapatkan kejayaan yang diredhai dalam sesebuah aktiviti perniagaan, Aisya mencadangkan agar kita mencontohi dan mengamalkan petua yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W dalam menjalankan perniagaan, yang mana secara tidak langsung berlandaskan syariat Islam. Antara petua yang diamalkan Rasulullah S.A.W adalah:



1. Melakukan tugas dengan amanah, jujur, adil dan ikhlas

ü   Dalam menjalankan sesebuah aktiviti perniagaan, sifat jujur, adil, amanah dan ikhlas amat penting agar tugas yang dilaksanakan itu sentiasa mendapat keberkatan. Semasa Baginda menjalankan perniagaan, sifat-sifat inilah yang membuatkan ramai pelanggan berasa senang dan mudah melakukan urus niaga dengan Baginda. Malahan mereka tidak pernah bersungut sedikit pun apabila Baginda yang menguruskan hal-hal perniagaan tersebut.



2. Pemilihan lokasi yang strategik

ü     Lokasi amat penting dalam menjalankan perniagaan. Walaupun pada masa kini, pelbagai perkhidmatan seperti kurier penghantaran dijadikan trend dalam proses jual beli. Namun, bagi perniagaan yang mempunyai mutu dan kualiti yang besar, pemilihan lokasi yang strategik memainkan peranan yang sangat penting.
      Hal ini adalah kerana, kawasan yang menjadi tumpuan menandakan di situlah banyak jaringan pengedaran barangan dijalankan (para pelabur, pengimport, pegeksport dan lain-lain). Rasulullah sejak kecil lagi telah menempatkan diri Baginda dalam kalangan para pedagang dari luar mahupun tempatan Makkah semasa proses perniagaan dijalankan.



3. Bijak dalam berkomunikasi

Rasulullah S.A.W diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang mempunyai kefasihan dalam komunikasinya dan sentiasa senyum kepada pelanggan yang berurusan dengannya. Tutur katanya yang lembut dan benar menjadikan Baginda sebagai orang yang dipercayai oleh Siti Khadijah untuk mengendalikan perniagaannya sehingga membawa keuntungan yang berlipat ganda.



4. Bijak dalam membina strategi perniagaan

ü  Antara strategi yang Baginda jalankan adalah promosi. Rasulullah menyedari kepentingan promosi dalam sesebuah perniagaan, namun Baginda tidak melebih-lebih promosi bagi memikat pembeli. Janji yang berlebih-lebih amat ditegah oleh Baginda sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan.” (HR Muslim).


5. Penetapan harga yang berpatutan

Jika kita lihat hari ini, banyak perniagaan melaksanakan perang harga yang melampau-lampau sehingga tidak masuk akal. Dan kadang-kala kualiti produk tersebut tidak seberapa. Ini merupakan satu persaingan yang tidak sihat.
ü  Rasulullah S.A.W menggalakkan kita agar meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan dengan menekankan aspek kualiti jualan tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W daripada Abdullah bin Umar yang bermaksud:


“Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).


Oleh itu, kita sebagai umat Islam seharusnya menjadikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai contoh serta ikutan dalam semua aspek kehidupan. Petua yang dianjurkan oleh Baginda sememangnya dapat memberi lebih banyak keberketan dalam aktiviti perniagaan yang ingin kita ceburi. Sebagaimana Firmah Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

    "(Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contuh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)".


 editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..